Adinda, Kekanda, Apa itu Wakanda dan Akoin? - Market Demon

Saturday, June 23, 2018

Adinda, Kekanda, Apa itu Wakanda dan Akoin?

Perkataan Adinda dan kekanda sudah sering kita dengar, tetapi

Apa pula itu perkataan Wakanda?

Wakanda adalah negara fiksyen (dongeng) yang terletak di Sub-Sahara Africa oleh Komik Marvel. Ia merupakan lokasi yang prominen bagi beberapa puak natif Afrika dan rumah bagi watak superhero Black Panther. Penampilan lokasi ini ditonjolkan sejak filem Fantastic Four Keluaran 52 pada Julai 1966 oleh Stan Lee dan Jack Kirby.

Image result for black panther
Black Panther
Nama Wakanda dikatakan terinspirasi dari perkataan tuhan Wakanda, Wakonda suku Afrika atau puak Kamba atau perkataan kanda yang bermaksud Keluarga dalam puak Kikonga. Apa pun asalnya, ia mungkin jauh dari perkataan ayahanda, bonda, adinda mahupun kekanda. Apatah lagi 'Waklu'!

Simbolik Wakanda adalah menyilangkan tangan X sepertimana yang dipaparkan dalam filem-filem dan muncul kerap akhir-akhir ini oleh para pemain berkulit hitam.

Image result for wakanda football

Granit Xhaka, left, and Xherdan Shaqiri making the nationalist symbol after scoring against Serbia in Kaliningrad on Friday night.

Dengan laungan Wakanda Forever! Begitulah simbolik suatu trend sehinggalah ianya dijadikan satu hasrat yang ingin direalisasikan oleh penyanyi Akon bagi mewujudkan daerah Wakanda di Senegal dengan pengenalan crytpocurrency Akoin.



Tujuan Akoin dikatakan menumpukan kepada mencipta peluang kepada generasi usahawan muda untuk terlibat dengan blockchain. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan bila populariti digunakan untuk manfaat. Kita tunggu dan lihat. Episod seterusnya.

Sesungguhnya Wakanda dan Waklu tiada sebarang perkaitan.

No comments: