Order Book merupakan senarai elektronik untuk buy dan sell order bagi sekuriti atau instrument kewangan tertentu. Penggunaan order book membolehkan peserta pasaran mengenal pasti kehadiran order dalam pasaran. Order book bersifat dinamik dan sentiasa dikemaskini setiap masa. Exchange seperti Nasdaq merujuknya sebagai "Continuous Book."
Maklumat dari order book dapat membantu traders membuat keputusan dagangan yang lebih baik kerana mereka dapat melihat aktiviti jual beli dalam pasaran dan tindak balas pasaran. Order book juga menunjukkan ketidakseimbangan order yang mungkin memberi petunjuk kepada arah pergerakan pasaran untuk jangka pendek.
Ketidakseimbangan buy order yang besar berbanding sell order misalnya mungkin memberi petunjuk akan terjadi kenaikan harga dalam pasaran akibat buying pressure. Order book turut membantu traders dalam menentukan potensi tahap sokongan dan rintangan (Support & Resistance) dalam pasaran.
Kemahiran menganalisis pasaran menggunakan order book sedikit sebanyak mampu mengubah prestasi dagangan anda. Walau bagaimanapun, order book tidak menunjukkan hidden orders yang melibatkan big players. Contoh order book seperti dalam gambar di bawah :

No comments:
Post a Comment