Namakan pasaran yang tidak pernah tutup dan mempunyai volume dagangan terbesar di dunia. Jawapannya, Foreign Exchange Market (Forex). Forex merupakan pasaran kewangan utama di dunia yang mencerminkan dinamik kewangan perdagangan dunia dengan jelas.
Semua dagangan dalam pasaran Forex melibatkan pertukaran antara dua mata wang dari negara berlainan. Ungkapan terkenal dalam filem Hollywood, Wall Street :
Money never sleeps.
Tidak kira pada bila-bila masa, pasaran Forex sentiasa dibuka setiap hari, setiap minggu, 24 jam sehari pada hari dagangan. Apabila anda mula berdagang dalam pasaran Forexm anda mungkin mendapati diri anda keliru dengan jumlah pasangan mata wang yang tersedia di terminal perdagangan MetaTrader. Apakah pasangan mata wang terbaik untuk didagangkan?
Jawapannya mungkin berbeza bagi setiap trader. Anda perlu meluangkan masa untuk menganalisis pasangan mata wang yang berbeza sesuai dengan strategi anda untuk menentukan pasangan mata wang manakah yang terbaik untuk anda. Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas bagi membantu anda mengenalpasti pasangan mata wang yang terbaik.
Apa Itu Currency Pairs?
Perdagangan Forex atau Foreign Exchange Trading melibatkan pembelian dan penjualan mata wang secara berpasangan (pair). Terdapat kod antarabangsa yang menentukan sesuatu pasangan mata wang. Sebagai contoh, quote EUR/USD 1.23 bermaksud satu Euro bernilai 1.23 USD.
Adakah Majors Pair Adalah Pair Terbaik Untuk Didagangkan?
Setiap pasangan mata wang disenaraikan dalam kebanyakan pasaran Forex di seluruh dunia. Mata want paling dominan dan terkuat serta paling banyak didagangkan ialah US dollar. US memiliki saiz ekonomi yang terbesar di dunia. US dollar menjadi rujukan dan pilihan dalam kebanyakan urusniaga tukaran mata wang di seluruh dunia. Ia merupakan mata wang rizab dominan di dunia.
Pasangan mata wang yang disenaraikan di bawah tidak semestinya merupakan yang terbaik untuk didagangkan. Walau bagaimanapun, ia memiliki kecairan yang tinggi :
- EUR/USD (Euro – US Dollar)
- USD/JPY (US dollar – Japanese Yen)
- GBP/USD (British Pound – US Dollar)
- AUD/USD (Australian Dollar – US Dollar)
- USD/CHF (US Dollar – Swiss Franc)
- USD/CAD (US Dollar – Canadian Dollar)
Nilai mata wang utama ini terus berubah mengikut satu sama lain kerana jumlah dagangan antara kedua negara berubah setiap minit. Pasangan mata wang ini secara semulajadi dikaitkan dengan negara-negara yang mempunyai kuasa kewangan yang besar. Secara umumnya, pasangan mata wang tersebut adalah yang paling tidak menentu, bermaksud bahawa turun naik harga yang berlaku pada siang hari boleh menjadi yang terbesar.
Adakah Ini Bermakna Pasangan Mata Wang Ini Adalah Yang Terbaik?
Tidak semestinya. Seseorang trader itu boleh mengalami keuntungan atau kerugian dari turun naik harga. Pasangan mata wang yang disenaraikan di atas mempunyai keadaan dagangan yang terbaik kerana spread mereka cenderung lebih rendah berbanding yang lain.
Terdapat lebih daripada 200 buah negara di dunia, anda boleh mencari beberapa pasangan mata wang untuk didagangkan. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini mungkin tidak berpotensi untuk memberikan hasil yang terbaik kepada traders. Jadi apakah pasangan mata wang yang terbaik?
Sebelum menganalisis pasangan mata wang terbaik, lebih baik tambahkan pengetahuan anda tentang mata wang yang paling popular yang boleh didapati dalam pasaran tukaran mata wang asing. Antaranya :
- US Dollar (USD)
- Euro (EUR)
- Australian Dollar (AUD)
- Swiss Franc (CHF)
- Canadian Dollar (CAD)
- Japanese Yen (JPY)
- British Pound (GBP)
Daripada mata wang ini, anda boleh menemui beberapa pasangan mata wang yang popular. Sekiranya anda ingin mencapai kejayaan dalam perdagangan Forex, anda perlu mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai pasangan mata wang yang anda dagangkan.
3 Pasangan Mata Wang Terbaik
Mari lihat secara terperinci pasangan mata wang di bawah :
EUR/USD
EUR/USD boleh dianggap sebagai pasangan mata wang paling popular. Di samping itu, ia memiliki spread terendah di kebanyakan broker. Pasangan mata wang ini dikaitkan dengan analisis teknikal asas. Perkara terbaik mengenai EUR/USD adalah ia tidak terlalu volatile. Jika anda tidak berada dalam posisi untuk mengambil sebarang risiko, anda boleh mempertimbangkan untuk memilih pasangan mata wang ini. Anda juga boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai EUR/USD, yang boleh membantu anda mengelakkan dari membuat kesilapan baru.
GBP/USD
Pips yang banyak dan pergerakan yang besar mungkin menyumbang ke arah populariti pasangan mata wang ini. Bagaimanapun anda perlu ingat bahawa keuntungan yang tinggi datang bersama risiko yang besar. Ini adalah pasangan mata wang yang boleh dimasukkan dalam kategori volatile. Walau bagaimanapun, ramai traders memilih GBP/USD kerana mereka dapat mengakses maklumat mengenai dua mata wang ini dengan mudah.
USD/JPY
USD/JPY juga antara pasangan mata wang yang popular dalam dunia Forex trading. Ia dikaitkan dengan spread yang rendah dan anda biasanya boleh mengikut trend dengan lancar berbanding pasangan mata wang lain. Ia juga berpotensi untuk memberikan peluang yang menarik dan menguntungkan.
Semua pasangan mata wang utama boleh didapati dengan spread yang ketat. Nasihat terbaik untuk anda, elakkan dari memilih pasangan mata wang yang memiliki spread yang tinggi. Spread yang tinggi boleh ditafsirkan bahawa pasangan mata wang itu terlalu mahal yang boleh membawa kerugian yang besar. Kaedah terbaik untuk berdagang dengan bijak dan berkesan adalah menjalankan pengurusan risiko dalam perdagangan anda.
Kesimpulan
Dinamik perdagangan pertukaran mata wang asing adalah satu subjek yang menarik untuk dipelajari kerana ia dapat memberikan rangsangan kepada ekonomi bersama dengan peningkatan dan kejatuhan kekayaan sesebuah negara.
No comments:
Post a Comment