Apa Itu Smart Contract?
Smart contract sama seperti contract dalam dunia sebenar. Apa
yang membezakannya ialah ia dalam bentuk digital. Smart contract sebenarnya
sebuah computer program yang disimpan didalam
blockchain.
Smart contract membantu anda dalam membuat penukaran wang,
property, shares atau apa sahaja yang bernilai secara telus. Maksud telus di sini ialah kita tidak perlu menggunakan service orang tengah semasa membuat
penukaran.
Contohnya anda hendak membeli rumah. Anda harus melalui
proses berjumpa tukang jual, pihak bank, peguam dan ini mungkin akan mengambil
masa yang lama untuk memastikan anda tidak ditipu oleh penjual. Anda juga harus
membayar pihak ketiga.
Sekarang bayangkan jika kita mempunyai smart contract,
kita hanya perlu satu langkah sahaja iaitu hanya memasukkan crypto ke dalam system
(ledger) dan serta-merta rumah itu dibawah nama anda tanpa ada unsur penipuan dan bantuan dari pihak ketiga.
Ethereum adalah contoh crypto yang menggunakan smart
contract secara besar-besaran. Tonton video dibawah untuk lebih informasi