Hobi jutawan yang belum wujud dalam cryptocurrency blockhain - Market Demon

Sunday, June 24, 2018

Hobi jutawan yang belum wujud dalam cryptocurrency blockhain

Hobi jutawan yang belum wujud dalam cryptocurrency blockhain

Kredit: Izadi Isa

Mahukah kalian saya tunjukkan hobi masa lapang yang mungkin menceriakan hidup anda? Ya, inilah hobi mengumpul wang atau bil kertas yang dipanggil numismatik.

Oleh kerana Gabenor TS Muhammad bin Ibrahim tidak begitu lama perkhidmatannya dan digantikan oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, maka boleh dikatakan wang bertandatangan beliau TS Muhammad mempunyai nilai yang mungkin sedikit tinggi (nilai sejarah) kerana bilangan supply yang terhad. (Tidak dinilai dari aspek inflasi). Hal ini terjadi sepertimana wang RM 1 yang bertandatangan YB Tan Sri Ali Abul Hassan (popular dengan 'Aishah') mempunyai nilai yang tinggi dan menjadi buruan ramai pengumpul.

Ini kerana dikatakan oleh kerana kesalahan pengedaran wang kertas ini kepada umum. Sumber mengatakan ketika dalam masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara yang Baru daripada Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gabenor Baru Tan Sri Zeti Aziz. Duit RM1 Aisyah ini ditandatangi oleh Tan Sri Ali Abul Hasan dan diedarkan semasa Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.

Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak di cawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana Cawangan ini sempat menerima arahan pembatalan pengedarannya. Kesemua Duit RM1 yang ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini arahanya ditarik balik serta merta dan wang RM1 Aisyah ini dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB. Hanya RM1 Aisyah ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix tertentu yang popular dengan prefix CR7! Harganya pula dikatakan mencecah RM1,000.

APA KELEBIHAN RM 1 TANDA TANGAN 'AISHAH' @ TAN SRI ALI ABUL HASSAN ?
Kredit: akuanakpahang.blogspot.com

Justeru, dengan lambakan duit raya yang masih ada di tangan, ada eloknya kalian mengintai-intai duit fiat yang boleh disimpan untuk kegunaan di masa hadapan. Bayangkan masa ini, pengumpul mencari duit antik daun pisang (zaman Jepun), tidak mustahil di zaman crypto, hobi mengumpul wang fiat mendapat tempat kerana sudah jadi antik.

Tips lebih nilai jika wang mempunyai:

1) Banyak angka 0 (Cth:00000001)
2) Nombor turutan tangga menaik atau menurun (Cth: 123456)
3) Angka yang berturutan sama (Cth: 7777777)
4) Angka radar (Cth: 7001007)
5) Keadaan wang yang tidak mempunyai garisan lipat, atau konyok.

Selamat menggeledah!





No comments: