Pound Sterling (GBP) Berpotensi Untuk Crush - Market Demon

Thursday, February 7, 2019

Pound Sterling (GBP) Berpotensi Untuk Crush


Tumpuan utama hari ini adalah pada mesyuarat Bank of England (BOE) dan laporan inflasi suku tahunan. Ketidakpastian Brexit akan menjadi masalah serius bagi bank pusat England. Dengan tempoh masa kurang daripada 60 hari sebelum UK keluar dari Kesatuan Eropah (EU), nasib Pound Sterling (GBP), ekonomi dan berjuta-juta warga EU dan UK terletak di tangan EU sama ada bersetuju untuk membuka semula rundingan perjanjian atau sebaliknya. Setakat ini, EU mengatakan tidak.

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan berada di Brussels pada hari ini bagi meminta EU untuk meminda terma dan jika mereka enggan, risiko tidak ada perjanjian Brexit akan meningkat dengan ketara. Esok, Gabenor BOE, Mark Carney dijangka akan mengulangi amarannya mengenai risiko Brexit dan memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka bersedia untuk meningkatkan rangsangan jika ia menyebabkan gangguan besar dalam pasaran. Kali terakhir mesyuarat BOE yang berlangsung pada bulan Disember, mereka berkata risiko Brexit semakin tinggi. Awal bulan ini, Carney berkata kenaikan kadar faedah akan terhad dan beransur-ansur.

BOE tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga syarat untuk Britain meninggalkan EU menjadi lebih jelas. Sekiranya Artikel 50 dilanjutkan beberapa bulan atau hingga akhir tahun, BOE akan bertahan dengan dasar sedia ada sehingga kerajaan mencapai penyelesaiannya kerana Pound Sterling berisiko untuk jatuh. Prestasi ekonomi dan aktiviti perkilangan yang lemah pula telah diimbangi oleh pasaran buruh dan kadar upah yang kuat. Komen dovish dari Carney boleh menghantar GBP/USD lebih rendah.

Ikuti kami di Twitter Market Demon


No comments: