Pelbagai persepsi timbul dalam kalangan setiap manusia apabila melihat kejayaan seseorang. Ada yang bangga, kagum, iri hati, dan ada menjadikannya sebagai idola. Namun kita semua tidak merasai keperitan yang dihadapi oleh mereka semasa dalam proses untuk berjaya kerana sesetengah mereka mengambil masa berpuluh tahun. Bagi mereka, faktor umur bukan alasan untuk mereka tidak berusaha. Malah, ia dijadikan sebagai cabaran untuk mereka maju ke hadapan.
Di sini, penulis senaraikan beberapa tokoh usahawan yang berjaya walaupun telah menjangkau umur hampir separuh abad.