Kebijakan Abdul Rahman Bin Auf Dalam Berniaga - Market Demon

Saturday, March 31, 2018

Kebijakan Abdul Rahman Bin Auf Dalam Berniaga


Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang daripada sahabat nabi dan juga seorang usahawan yang hebat dizamannya. Nama beliau tidak asing lagi dalam bidang perniagaan dan beliau adalah tokoh usahawan Islam.

Walaupun beliau seorang usahawan yang kaya harta, tapi kebanyakan daripada hartanya dibelanjakan ke jalan Allah. Sala satu daripada cabang perniagaannya adalah perniagaan unta. Antara rahsia dan stratergi beliau dalam perniagaan unta adalah :

1. Menjual unta pada harga kos


Apakah beliau tidak untung dengan menggunakan strategi ini? Ya, secara logik kita akan rasa strategi ini tidak masuk akal kerana tidak mendatangkan sebarang untung. Oleh kerana beliau menjual dengan harga kos, harga untanya lebih murah berbanding yang lain. Hampir semua orang akan membeli dengannya sehinggalah beliau mendominasi pasaran unta.

Pasti anda tertanya-tanya dari mana datangnya hasil keuntungan beliau. Keuntungannya tidak datang daripada hasil jualan unta, sebaliknya dari hasil jualan tali pengikat unta.Secara tak lansung setiap orang yang membeli untung dengannya pasti membeli talinya juga.

2. Bersyukur walaupun untung sedikit


Beliau sebolehnya akan menunaikan apa sahaja hajat pelanggannya. Beliau pernah berkata " aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit". 

Sifat syukur inilah yang membuatkan rezekinya semakin bertambah. Dalam Al-quran juga sudah disebutkan mengenai syukur, 

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kaami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih " - Ibrahim 14:7


3. Hanya menerima bayaran tunai


Beliau tidak menerima belian secara bayaran bertangguh. Sebolehnya beliau akan menjalankan perniagaan dalam bentuk tunai sahaja. Antara sebabnya adalah untuk membuat pusingan modal dengan lebih cepat.