Perlukah Pemegang Bitcoin Membayar Zakat? - Market Demon

Saturday, March 31, 2018

Perlukah Pemegang Bitcoin Membayar Zakat?


As-salāmu 'alaykum wa-rahmatullāhi wa-barakātuh. 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Soalan: 
Perlukah seseorang yang memegang Bitcoin membayar zakat? 

Jawapan: 
Menurut laman sesawang Darul Fiqh*, pemegang Bitcoin perlu membayar zakat. Nisbah pembayaran Zakat tersebut adalah sebanyak 2.5% daripada pegangan Bitcoin yang dimiliki atau secara alternatif, membayar 2.5% Zakat tersebut dalam bentuk mata wang domestik bersamaan dengan nilai 2.5% daripada pegangan Bitcoin. 

*(Darul Fiqh adalah satu badan bebas yang telah dilancarkan pada tahun 2011 oleh Mufti Faraz Adam. Darul Fiqh adalah platform perundangan Islam yang mengkhususkan dalam menjawab pertanyaan/persoalan yang kurang diselidik dan isu kontemporari. Darul Fiqh tidak menyiarkan pertanyaan/persoalan yang boleh didapati daripada platform lain).


Pandangan Fiqh: 
Bitcoin perlu dibayar zakat kerana ia adalah Māl (entiti), mempunyai Taqawwum (bernilai dari segi undang-undang Islam) dan dikategorikan dalam kumpulan mata wang (Thamaniyyah).

Adakah mata wang perlu mempunyai nilai utiliti lain selain daripada kegunaannya sebagai medium pertukaran? Mufti Taqi Uthmani dengan jelas menyatakan bahawa "Wang tidak perlu mempunyai nilai utiliti intrinsik (kegunaan tersirat) dan fungsinya perlu jelas iaitu sebagai medium pertukaran". Jika sesuatu itu ditakrifkan sebagai mata wang yang mempunyai nilai utiliti lain, maka utiliti lain tersebut tidak  akan diambil kira apabila berlaku pertukaran mata wang ini untuk mata wang yang lain. Ini kerana utiliti lain akan dianggap ma’dūm  (tidak wujud).

Untuk mempertimbangkan sesuatu itu adalah Māl (entiti), ia mesti mempunyai permintaan dan boleh disimpan (wujud secara nyata). Bitcoin mendapat tempat di dunia dan setiap masa permintaan untuk memilikinya adalah tinggi. Teknologi di sebalik Bitcoin yang dikodkan pada blockchain dan public ledger memudahkan proses mengenal pasti pemilikan. Pemilikan akan ditunjukkan melalui alamat Bitcoin dan memandangkan Bitcoin hanyalah digit dan kewujudan dibuktikan dalam public ledger, maka ianya dilihat tidak menyalahi undang-undang. Oleh itu, Bitcoin mempunyai Taqawwum. Dari segi Thamaniyyah pula, Bitcoin dicipta sebagai salah satu sistem pembayaran peer to peer. Jadi, Bitcoin boleh dikategorikan sebagai mata wang kerana suatu sistem yang boleh diterima pakai oleh orang ramai adalah mencukupi untuk dikategorikan sebagai satu mata wang dalam Syariah.

Sumber: Mufti Faraz Adam (www.afinance.org/www.darulfiqh.com)

Disclaimer: Penulis bukanlah seorang yang layak untuk membahaskan secara terperinci mengenai perkara ini. Artikel ini dikongsi untuk bacaan umum sahaja.🦋