Kemerosotan pasaran sekarang mungkin telah menghancurkan impian Lambo anda, jadi sudah tiba masanya untuk anda cuba mencari pendapatan lain. Sesiapa sahaja boleh membuat wang dalam pasaran ketika bull market, tetapi apabila pasaran berubah kepada bear market anda mungkin perlu mempertimbangkan pekerjaan yang lebih stabil. Dalam artikel ini kami akan kongsikan laman sesawang yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang cryptocurrency.
Kenalpasti jika anda sudah terperangkap, Apa Yang Amatur Trader Perlu Tahu Tentang Bull Trap & Bear Trap, di sini.
Teknologi crypto sudah berkembang dengan begitu pesat tetapi masih kekurangan pekerja yang berminat dalam bidang ini. Daripada jawatan sebagai Pengurus Komuniti ke Penterjemah, pelbagai peluang pekerjaan telah dibuka dalam bidang cryptocurrency ini. Paling menarik, majoriti pekerjaan cryptocurrency ini boleh dilakukan dari kediaman anda sahaja.
Langkah pertama untuk anda merebut peluang pekerjaan ini adalah dengan memastikan biodata di media sosial anda adalah yang terkini, meletakkan gambar profil yang profesional dan anda perlu menggunakan akaun tersebut bagi tujuan mencari pekerjaan, bukannya hanya sekadar membuat meme bitcoin. Ini tidak bermakna anda perlu mencipta semula diri anda, tetapi keseriusan dan kesungguhan amat dititik beratkan. Anda perlu kemas kini LinkedIn anda, pastikan anda memasukkan kata kunci yang relevan dalam tajuk kerja serta biodata anda.
Jika portfolio anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang crypto, langkah pertama anda perlu lakukan adalah dengan menulis. Jika anda boleh menulis, anda boleh terbitkan kandungan di medium Steemit untuk menunjukkan pengetahuan anda dan menarik perhatian mereka. Jika anda boleh membuktikan anda mempunyai bakat, anda mungkin mendapat sesuatu di Steemit. Jadi agak mudah untuk anda ditawarkan pekerjaan sebagai Pengurus Komuniti bagi sesuatu ICO, menyelia Telegram mereka atau menjejaki kempen mereka. Ia bukanlah pekerjaan yang glamor, tetapi anda akan dibayar dalam bentuk token. Anda perlu bekerja keras selama tiga bulan di pasca-ICO dan anda akan meletakkan diri anda pada posisi yang lebih baik dalam memohon pekerjaan pertama anda yang "betul".
Mari kita lihat senarai platform yang terbaik untuk anda mencari pekerjaan dalam bidang cryptocurrency:
Platform ini mengandungi sejumlah besar jawatan dalam bidang pemasaran, sebagai Pengurusan Komuniti dan juga berperanana untuk menulis kandungan, serta kedudukan yang lebih teknikal.
2. Angel List
Tawaran kerja umum di dalam komuniti cryptocurrency yang kuat, Angel List mengandungi tapisan supaya anda boleh mendapat peranan yang sesuai dengan kemahiran, jadual, dan lokasi anda.
Oleh kerana yuran mereka terlalu tinggi, ramai yang tidak suka Peopleperhour dan Upwork, tetapi mereka disusun dengan majikan yang mencari freelancers seperti anda. Buat profil, tawaran untuk pekerjaan dan sebaik sahaja anda telah mewujudkan kepercayaan dengan klien, anda akan mula bekerja dengan mereka secara langsung bagi menjimatkan yuran platform dan anda akan dibayar dalam bentuk crypto.
4. Laman sesawang ICO
Menggunakan laman sesawang ICO itu sendiri. ICO yang baru saja selesai penjualan token mereka akan memulakan pencarian pekerja baru. Banyak kekosongan yang akan diiklankan secara terbuka padan laman web ICO tersebut.
5. LinkedIn
Linkedin adalah antara platform terbaik dalam mencari pekerjaan dalam bidang crypto, terutamanya yang memerlukan tahap kemahiran serta pengalaman. Platform ini membolehkan anda untuk berhubung dengan professional crypto yang lain, menyertai kumpulan yang berkaitan dengan blockchain serta lebih lagi.
Selamat mencuba.