Jumlah Kanak-Kanak Yang Dipaksa Menjadi Hamba Semakin Meningkat - Market Demon

Saturday, March 31, 2018

Jumlah Kanak-Kanak Yang Dipaksa Menjadi Hamba Semakin Meningkat


Siasatan terbaru CNN telah menemui satu rangkaian besar pasaran hamba yang beroperasi di beberapa bandar Libya. Penemuan yang dibongkar ini adalah berita kedua tergempar di Libya selepas berita enam (6) tahun lalu mengenai campur tangan NATO untuk menggulingkan kerajaan Muammar Gaddafi yang menyokong pemberontak AS dan United Kingdom. CNN juga mengesahkan terdapat lelongan hamba untuk "dibebaskan" telah dijual pada harga $400 minimum. Tambah menarik, CNN juga telah dapat memfilemkan secara langsung proses lelongan hamba (manusia) tersebut yang berlaku di Libya.

Rakaman CNN dan laporan yang mengiringi ini amat mengejutkan. Aktiviti ini telah didokumentasikan secara tersembunyi selama bertahun lamanya dan amaran jelas telah dikeluarkan pada awal 2011 bahawa penduduk Libya yang berkulit hitam serta pendatang akan menjadi mangsa pertama jenayah yang dilakukan oleh pemberontak di Libya ini. Campur tangan kuasa Barat di Libya turut memburukkan keadaan apabila media dunia terus menghebahkan mengenai pembunuhan beramai-ramai penduduk Libya berkulit hitam oleh pemberontak yang berdendam dengan kuasa barat seperti AS, UK, dan Perancis. Hal ini kemudiannya telah mendesak Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton untuk memberi taklimat secara peribadi dan mengeluarkan amaran mengenai perkara itu.