"Kau budak kecil. Nah! ambil sikit (duit) sahaja, dan pergi main jauh-jauh"
Inilah ayat yang kita sering dengar dari golongan dewasa yang kononnya 'mahir' dan lebih awal rasa manisnya (tahnik) berbanding generasi kemudian. Walau bagaimanapun, mereka tidak sedar sebenarnya mereka hanyalah sebahagian kecil daripada watak-watak di dalam kerangka mikroekonomi.
Duit atau wang adalah sebahagian daripada hidup anda sama ada anda suka atau pun tidak. Sebut sahaja pasal duit atau wang, anda akan:
bekerja untuknya,risau tentangnya,belanjakannya (kalau boleh kawan belanja),dan berimpi mempunyai ia sebanyak-banyaknya.
Justeru, apakah itu wang sebenarnya?
Tahukah anda? Wang itu diakui atau diperlakukan dengan nilai kerana SEMUA orang setuju memberi ia nilai. Ia adalah medium jual beli dan kertas untuk menyimpan 'nilai'. Jika akal logik memberikan nilai sebenar sekeping kertas, sudah pasti nota kertas RM1 dan RM100 tidak berbeza dengan kertas kajang A4 atau A3 yang ada di pasaran dengan sedikit warna-warni dan corak.
Wang satu medium pertukaran
Ia adalah gunakan sebagai alat transaksi dan perdangangan. Kedua-dua pihak perlu setuju wang mestilah mempunyai nilai sebagai medium pertukaran yang efisen.
Wang adalah medium simpanan
Ia adalah medium yang boleh 'mempertahankan' nilai sehingga sesuatu masa. Anda boleh menyimpannya di akaun bank dan menggunakannya kemudian untuk membeli sesuatu (dengan harapan Negara tidak mengalami kadar inflasi yang kritikal). Malah pepatah menabung "sikit-sikit lama, lama jadi bukit" adalah sinonim dengan amalan menabung.
Nilai intrinsik
Tahukah anda, kebanyakan wang moden mutakhir ini hampir tidak mempunyai nilai kerana ia tidak disandarkan kepada apa-apa nilai. Nilai asal wang fiat disandarkan kepada emas sehingglah pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan negaranya tidak lagi menerima pertukaran Dollar dan Emas! Maka, dengan itu berakhirlah sistem Bretton Wood malah ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara Amerika Syarikat.
Kepercayaan bahawa wang memberi nilai
Kenapa nota RM5 mempunyai nilai berbanding kertas-kertas lain?
Jawapannya mudah, ini kerana wang kertas dibekalkan dengan terhad dan ada permintaan orang awam untuk menggunakannya. Sebab utama wang sangat diperlukan adalah kerana setiap daripada kita memerlukan produk dan servis sebagai balas.
Produk dan servis adalah dua perkara penting dalam dunia ekonomi, dan wang adalah alat yang untuk memilih produk dan servis yang lebih diingin dalam kehidupan. Orang 'menjual' masa dan tenaga kerja untuk mendapatkan wang (gaji). Jika anda percaya sesuatu wang mempunyai nilai di masa hadapan, bukankah anda akan terus bekerja mendapatkanya.
Sistem kewangan beroperasi dalam keadaan sepersetujuan, iaitu selagi mana anda percaya nilai wang di masa sekarang dan akan datang, sistem itu akan terus berfungsi. Apa yang berlaku jika anda hilang kepercayaan terhadap sistem itu? Amat mustahil sesuatu sistem kewangan itu boleh diubah dalam satu malam, kerana akan wujud dual sistem yang tidak efisen. Hanya satu yang akan diguna dan akan wujudnya tempoh perubahan sistem matawang lama dengan yang baharu. Ini dapat dilihat dengan apa yang berlaku dengan blok Eropah yang mengubah kepada matawang Euro.
Wang Fiat
Wang tidak mempunyai sebarang sandaran atau lebih dikenali wang kertas. Fiat berasal dari perkataan latin yang membawa maksud "menjadikan". Ia diterima dalam sistem kewangan dan diakui oleh kerajaan dan boleh dipercayai walaupun tidak mempunyai sebarang nilai intrinsik.
Tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Tapi, satu perkara yang anda perlu ketahui bahawa kadar inflasi mutakhir ini semakin menjadi-jadi dan kritikal, menjadikan orang awam mahu mencairkan wang masing-masing dengan kadar segera. Inlasi dan reaksi pengguna akan menjadi kedukaan melampau buat ekonomi.
Venezuela mendahului carta inflasi |
Apabila keadaan menjadi seperti di atas, orang awam berpotensi tidak lagi mendaftar dengan skim pelaburan yang menguntungkan kerana tiada siapa yang akan ketahui bayaran dan nilai wang di masa hadapan kerana ketidakpastian. Aktiviti bisnes bakal merudum. Pelbagai aktiviti akan melalui musim 'kemarau' dan rendah produktiviti. Bagaimana perasaan anda membeli hanya sebuku roti dengan wang penuh sebuah kereta sorong?! Jika hilangnya kepercayaan dengan bekalan wang, maka suatu masa ia (ekonomi) bakal terhenti.
Zimbabwe, salah satu negara dilanda hiper-inflasi melampau sejak 1990an |
Inflasi yang dikatakan terjadi apabila harga barangan meningkat, dalam masa sama nilai wang menguncup dan lebih teruknya bilainya lebih rendah dari barangan. Ia juga boleh terjadi bila:
1. Bekalan wang dalam negara meningkat
2. Bekalan barangan menurun
3. Permintaan terhadap wang menurun
4. Permintaan terhadap barang meningkat
Faktor utama inflasi adalah peningkatan jumlah bekalan wang yang beredar dalam pasaran lebih pantas berbanding bekalan barang dan servis.
Kesimpulannya, wang mempunyai nilai kerana anda percaya ia adalah medium pertukaran untuk barang dan servis di masa akan datang. Kepercayaan ini akan berterusan selagimana anda percaya tidak akan berlakunya inflasi atau kegagalan sebuah institusi kewangan dan sesebuah kerajaan.
Jadi, bila anda mendengar seorang dewasa berkata seperti ayat pembuka di atas. Cubalah berbisik kepada mereka:
"Terima kasih bang atau sis bagi 'sikit' duit hari ini, kerana, esok lusa saya pun tidak pasti apa yang inflasi akan lakukan kepada baki duit bang atau sis di bank yang berkepuk itu"
atau boleh juga
"Bang, saya nak bitcoin, bukan syiling ini"
Baca juga: Kisah menarik Gold Standard
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel:shafiq.cryptocall@gmail.com