Sekiranya anda mahu menjadi pemenang, fokuslah pada kemenangan. Kehidupan penuh dengan perbandingan. Dari masyarakat, kita belajar bahawa bagaimana budaya membuat perbandingan antara satu individu dengan individu yang lain sudah menjadi normal. Mungkin kita juga pernah melakukan perkara yang sama, secara sengaja atau tidak sengaja?
Sentiasa wujud perlumbaan yang berterusan untuk menentukan siapa yang terbaik, siapa yang lebih kaya, siapa yang lebih cantik, siapa yang lebih bijak dan sebagainya. Saya percaya, sebagai manusia semua orang mahu menjadi pemenang dan menjadi lebih baik daripada yang lain. Tetapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kemenangan dan bagaimana untuk kita sampai ke sana? Terdapat ungkapan terkenal yang akan membantu anda bagaimana untuk berjaya.
Winners focus on winning, losers focus on winners.
Jika anda berfikir secara mendalam, anda akan secara kebenarannya. Semua orang yang berjaya dalam kehidupan tidak mempunyai masa untuk mengambil tahu apa yang orang lain lakukan. Sebaliknya mereka hanya mengikut naluri untuk mencapai matlamat akhir mereka.
Kita semua mempunyai potensi dan peluang untuk menang dalam hidup. Bagaimana? Dengan mendorong diri kita setiap hari dan memberi tumpuan kepada apa yang kita mahukan. Tidak kira siapa anda, selagi anda kekal fokus, anda akan menang. Anda tidak boleh mengubah apa yang dilakukan atau dikatakan oleh orang lain, jadi mengapa menggunakan tenaga dan masa anda untuk sesuatu yang tidak berguna?
Lebihkan tumpuan pada diri sendiri dan matlamat anda, anda akan menemui kebahagiaan. Apabila anda berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain dan mula mengalihkan perhatian dari orang lain, maka anda selangkah lebih dekat dengan matlamat anda.
No comments:
Post a Comment