P. Ramlee dan Politik Malaysia - Market Demon

Tuesday, May 29, 2018

P. Ramlee dan Politik Malaysia

Image result for p. ramlee dan politik malaysia

Kita sebagai rakyat Malaysia mesti sedia maklum tentang P. Ramlee dan filem yang diterbitkan oleh P. Ramlee yang banyak berunsurkan jenaka tetapi adakah kita tahu setiap filem yang dihasilkannya mempunyai mesej yang tersirat. Filem karya P. Ramlee antara salah satunya yang masih releven semenjak Malaysia merdeka sehingga kini.

kenapa filemnya masih releven sehingga kini sedangkan filem yang dibuat telah lama tetapi orang masih menonton filemnya?. Ini disebabkan faktor P. Ramlee sendiri berani melawan arus dengan idea yang dibawa oleh setiap filemnya. P. Ramlee telah mengambil langkah untuk berani dalam karyanya seperti meneliti situasi kesusahan rakyat Malaysia ketika itu dan disulamkan dengan lawak jenaka dan menjadikan filem-filemnya releven dan tidak bosan sehingga sekarang.

"Bukannya saya gemar dalam menghasilkan filem komedi tetapi itu merupakan kehendak pasaran, tetapi itu bukan satu alasan untuk saya buat filem sambil lewa"

P. Ramlee menjadi pengkritik sosial, menyindir dalam sinis sejak filem pertamanya Penarik Beca sehinggalah filem terakhir yang diwasiatkan olehnya Laksamana Do Re Mi. Kalau dilihat didalam filem penarik beca merupakan kisah dimana pemuda marhaen yang bercinta dengan seorang dara tetapi dihalang oleh ayahnya kerana menggap pemuda itu tidak setaraf dengan kedudukan keluarganya yang lebih tinggi. Filem ini merupakan cerita sedih tetapi apa yang menariknya pada filem ini adalah terdapat lagu 'Azizah' dan 'Engkau Laksana Bulan' telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana Azizah merupakan nama presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) manakala bulan adalah lambang bendera Parti Islam seMalaysia(PAS)

Manakala filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi berkisahkan dimana sebuah kerajaan diberi nama Pasir Dua Butir yang telah dirampas oleh menteri Fasola yang yang diaggap seperti Barisan Nasional kerana dapat menawan Perak dari kerajaan Pakatan Rakyat. P. Ramlee seolah-oleh tahu apa yang bakal berlaku di tanah airnya ini. Bahkan ada satu ketika dimana P. Ramlee tidak dibenarkan masuk ke negeri Perak kerana atas dasar masalahan dalaman. P. Ramlee dikatakan seperti nostradamus yang dikatakan sudah mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, nostradamus yang terkenal dengan pantun empat keratnya.

P. Ramlee sedia maklum bahawa dia sudah lama menerima kaum lain sebagai rakyat Malaysia. Kita boleh lihat contoh di filemnya Ali Baba Bujang Lapok dimana sarjan penyamun yang dilakonkan oleh Ibrahim Pendek telah berbual dengan apek tukang kasut untuk menyiasat dimana rumah nya Kassim Baba. setelah diberitahu lokasi rumah Kassim Baba, sarjan penyamun tergesa-gesa meninggalkan apek tukang kasut yang ingin menolong membawa ke rumah Kassim Baba. Ketika itu, Apek tukang kasut telah dihalang oleh pelanggan yang ramai yang datang hendak membaiki kasut. Apek tukang kasut itu mengucapkan dialog sinis

"Tak usah gaduh-gaduh, gua pun local citizenship "
Apakah maksud apek tukang kasut ini? anda nilaikan.

Sebagai Muslim, P. Ramlee telah bereksperimen dengan filem semerah padi dimana sebuah negara yang ditadbir mengikut undang-undang yang termaktub dalam kitab Al-Quran dan tidak seperti kisah agama lain dimana filem semerah padi ini P. Ramlee menggambarkan indahnya menjalankan suruhan Allah. Filem ini juga berkisarkan Islam dijadikan sebagai panduan hidup untuk memelihara keamanan dan menegakkan keadilan dengan penuh hikmah. Kita boleh lihat dalam filem Musang Berjanggut dimana ulama menjadi pengampu kerajaan untuk menyuruh orang berbuat kebaikan sedangkan ulama itu sendiri tidak melakukan apa yang dituntut dalam Islam. Antara ungkapan oleh ulama semasa berduaan dengan isteri musang berjanggut.

"Ini undang-undang kanda yang bikin, itu semua boleh dipadam"
Di sini kita boleh melihat undang-undang boleh dipinda mengikut selera siapa yang berkuasa, tetapi jika rakyat biasa yang buat pasti akan dihukum.

Tulisan ini sekadar untuk mengajak kita berfikir bahawa cabang reformasi amat luas dan perlu digunakan sebaiknya. Kezaliman harus ditentang dan keadilan haruslah ditegakkan.