Modal Memulakan Perniagaan - Market Demon

Monday, March 19, 2018

Modal Memulakan Perniagaan


Masalah utama dalam memulakan perniagaan adalah modal. Salah satu cara untuk mendapatkan modal adalah melalui bank. Walau bagaimanapun, ternyata ramai yang berdepan dengan kesulitan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan. Menerusi buku Reality Check, Guy Kawasaki menyebut 3 sumber modal untuk memulakan perniagaan, iaitu :

1. Venture Capitalist
2. Angel Investor
3. 3F (Friends, Fools, Family)

Mungkin sesetengah pembaca tidak familiar dengan istilah Venture Capitalist dan Angel Investor. Dua istilah ini baru disebut-sebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa Itu Angel Investor
Angel Investor adalah pelabur perseorangan, biasanya seorang ahli perniagaan yang melabur dana peribadi mereka ke dalam perniagaan yang berpotensi memberi keuntungan. Berikut merupakan ciri-ciri Angel Investor :

1. Pelabur perseorangan.
2. Melabur dalam startup.
3. Dana pelaburan kurang dari $ 1 juta.

Apa Itu Venture Capitalist
Venture Capitalist merupakan pelabur-pelabur profesional yang mengkhususkan diri dalam membangunkan perusahaan baru. Venture Capitalist adalah long-term investor yang mengambil pendekatan terlibat dengan semua pelaburan mereka dan secara aktif bekerjasama dengan pasukan pengurusan dalam rangka membangunkan perusahaan tersebut. Venture Capitalist menggunakan wang pelabur lain untuk melabur.