7 Aplikasi Cryptocurrency Terbaik yang Perlu Ada di Telefon Anda - Market Demon

Monday, March 19, 2018

7 Aplikasi Cryptocurrency Terbaik yang Perlu Ada di Telefon Anda



Sama ada anda seorang veteran ataupun newbies dalam dunia cryptocurrencies, jangan ketinggalan untuk memasang aplikasi-aplikasi hebat di bawah ini dalam telefon pintar anda:
7. Coin Tracking
Coin Tracking menawarkan maklumat cryptocurrencies seperti analisis harga. Anda juga boleh menetapkan alert bagi setiap cryptocurrencies.
Muatturun: Android | iOS
6. Lawnmower
User interface yang menarik, Lawnmower menawarkan aplikasi analytic bagi cryptocurrencies. Selain itu, ia juga menawarkan cryptocurrencies trading platform bagi pembelian cryptocurrencies berbanding laman web.
Muatturun: Android | iOS
5. Bitcoin.com Wallet
iOS Bitcoin.com wallet adalah repositori terbaik untuk simpanan bitcoin and bitcoin cash anda selain daripada hot wallet yang ada di pasaran.

Muatturun: Android iOS
4. Google Authenticator
Jika anda tidak memasang Google Authenticator, ini bermakna bakal meningkatkan risiko kehilangan coin anda. Google Aunthenticator digunakan bagi tujuan melindungi akaun anda melalui pengesahan 2FA.

Muat turun: Android | iOS


3. Blockfolio
Aplikasi portfolio cryptocurrency buat semua, penggunaan Blockfolio adalah mudah dan mesra pengguna. Ia tidak sesuai jika anda seorang trader yang kerap bertukar-tukar cryptocurrencies. Ia juga menawarkan ‘Price Alert’, Chart bagi cryptocurrencies yang anda HODL atau paper trade.

Muat turun: Android iOS

2. Luno

Sebagaimana diketahui umum, Luno menawarkan pertukaran matawang tempatan kepada bitcoin dan etherium. Walau pun diselebungi tekanan dan kontroversi oleh pelbagai pihak, caj yang agak mahal, Luno tetap memberikan perkhidmatannya sehingga ke hari ini bagi jual beli cryptocurrency.

Muat turun: Android | iOS

1. Tradingview

Platform sosial buat pelabur bagi memantapkan kemahiran teknikal bagi meningkatkan keuntungan, penawaran carta pelbagai jenis pelaburan dengan percuma, perbincangan idea pelaburan yang strategi bersama -sama 7 juta pelabur dari serata dunia.
Muat turun: Android | iOS
Selamat mencuba! Sekiranya anda mempunyai cadangan aplikasi untuk dikongsi, sila hantarkan ke sayat.me/cryptocall.

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com