3 Social Media Decentralize Application Pelopori Dunia Blockchain - Market Demon

Monday, March 19, 2018

3 Social Media Decentralize Application Pelopori Dunia Blockchain

Boleh atau tidak jika saya katakan 2018 hingga 2020 adalah peperangan antara decentralized social media? Tetapi kenapa 2020 dan bukannya sekarang? Jeng! Jeng! Jeng! Jika anda melayari website yang berasaskan decentralized social media application, kebanyakannya memulakan fasa project pada pertengahan tahun 2018 dan akan dilancarkan sepenuhnya pada 2019. Anda boleh lihat kemaskini roadmap mereka. Jadi 2019 akan menjadi tahun mereka mempromosikannya.

1 . Steemit

Steemit yang berasaskan blockchain Steem menggunakan technology Deligated Proof of Stakes (DpoS). Steempower digunakan sebagai kuasa votes untuk memberi ganjaran kepada content creator. Semakin besar steempower yang kita miliki, semakin besar value vote kita. Antara yang berkait dengan Steeemit :

  • Dmania.io  ==> Untuk create meme.
  • busy.org     ==> Browsing seperti menggunakan Instagram.
  • Utopian.io  ==> Github alike. Platform perbincangan tentang programming.
  • Dtube         ==> Decentralize video – baca lagi disini

Keempat-empat website ini mempunyai cara login yang sama seperti Steemit dan pengguna perlu memiliki account Steemit untuk akses masuk. Steem dijangka lebih hebat lagi dengan pelaksanaan Smart Media Token (SMT) nanti yang menggunakan protocol Proof-of-Brain. SMT akan dilancarkan pada tahun ini.

2. yoyow


“You Own Your Own Words”

Yoyow masih lagi di peringkat development dan dibina di atas platform Bitshares. Pengasas Yoyow berasal dari negara China. Yoyow menggunakan teknologi yang sama seperti Steemit iaitu graphene. Ia mengadaptasikan algorithm PoT (Proof of Taste) untuk memberi profit kepada content creator, spreaders, dan 3rd party platform juga mendapat reward daripada ini.

Yoyow kelihatan begitu menarik dan mempunyai potensi yang besar. Sayangnya, ia masih lagi di peringkat development. Walaupun begitu, Yoyow menyediakan demo website untuk kita. Rujuk http://demo.yoyow.org/




3. Synereo

Hmmm. Synereo kelihatan seperti compromising dan telah memulakan projek sejak tahun 2015 lagi. Mungkin boleh saya hurai lebih lanjut pada masa akan datang. Synereo telah melancarkan produk mereka Wildspark iaitu native cryptocurrency yang menyokong fungsi dalam synereo network.

Wildspark ini bukan seperti Steemit. Ia lebih ke arah perkongsian dan anda akan diberikan ganjaran melalui perkongsian itu. Untuk menggunakan platform ini, pengguna perlu memiliki terlebih dahulu amplify (AMP) iaitu synereo cryptocurrency. Terdapat cara percuma untuk mendapatkan AMP ini. Mudah sahaja, anda perlu verify akaun melalui Facebook. Anda akan diberikan 10 AMP. Nilai 1 unit AMP sekarang :




Lihat interactive video disini.

Anda boleh dapatkan di Synereo (AMP) di Bittrex, Poloniex, HITBTC, Cryptopia, & Upbit.

Overview

Hanya 3 cryptocurrency di atas saya dapat kongsikan kepada pembaca semua dalam perkongsian kali ini. Terdapat banyak lagi cryptocurrency yang berasaskan social media platform.

Antara yang masih lagi dalam ICO & planning:



Advertising & content writing:


  • Basic attention token (BAT) – baca disini.
  • Adex (ADX)
  • Sether (SETH)

Jika anda merupakan penggemar dan juga pengumpul cryptocurrencies, anda harus memiliki cryptocurrencies yang berasaskan social media seperti di atas selain daripada memiliki The King, Bitcoin. Untuk yang masih dalam peringkat ICO, saya galakkan anda hanya ikuti sahaja terlebih dahulu. Tidak mahu perkara yang pernah terjadi pada Karbon ICO berulang kembali. Akhirnya setelah selesai ICO, mereka lenyap begitu sahaja bersama wang pelabur.