Federal Trade Commission (FTC) Failkan Tuntutan Mahkamah Terhadap Skim Penipuan Cryptocurrency - Market Demon

Monday, March 19, 2018

Federal Trade Commission (FTC) Failkan Tuntutan Mahkamah Terhadap Skim Penipuan Cryptocurrency


Federal Trade Commission (FTC) memfailkan tuntutan mahkamah terhadap dua syarikat yang dilaporkan telah menipu sekitar 30,000 orang di seluruh dunia melalui skim cryptocurrency. Fokus utama FTC adalah untuk melindungi pengguna dan menguatkuasakan rangka kerja undang-undang yang mewujudkan pasaran yang kompetitif. Terdapat banyak projek cryptocurrency yang mencurigakan dan melakukan penipuan secara langsung. Ada yang telah menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal tetapi struktur pendapatan bergantung kepada pengguna untuk merekrut lebih ramai ahli ke platform.

Penipuan crypto paling terkenal adalah Bitconnect. Pengguna telah kehilangan ratusan ribu dolar. Harga Bitconnect berlegar di sekitar $320 dan dalam masa beberapa minit jatuh lebih dari 80%, dan terus merudum ke paras harga $1.62.

FTC mendakwa bahawa aktiviti haram (penipuan cryptocurrency) telah menjejaskan hampir 30,000 pengguna di seluruh dunia. Tindakan telah diambil terhadap beberapa orang individu yang terlibat dengan projek-projek ini. Mahkamah Persekutuan (Amerika Syarikat) telah mengarahkan 4 orang lelaki untuk menghentikan operasi cryptocurrency mereka di Florida. Mereka mempromosikan penipuan cryptocurrency di platform media sosial yang popular seperti Youtube dan Twitter.

Bitcoin Funding Team dan My7Network adalah dua syarikat dalam perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat. Mereka menipu pengguna dengan mendakwa mereka boleh mengubah pelaburan seratus dolar kepada pulangan bulanan $80,000.