Adakah Decentralized Exchanges Akan Menjadi Masa Depan Cryptocurrency Trading? - Market Demon

Tuesday, March 20, 2018

Adakah Decentralized Exchanges Akan Menjadi Masa Depan Cryptocurrency Trading?

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan insiden centralized exchanges digodam dan melibatkan kehilangan cryptocurrency dalam jumlah yang sangat besar. Menggunakan cryptocurrency bererti anda menjadi bank anda sendiri dan menjaga dana anda sendiri. Tetapi apabila anda menggunakan centralized exchanges seperti Bittrex atau Luno, anda sebenarnya sudah tidak mempunyai kuasa keatas dana anda dan dana anda berisiko tinggi untuk lenyap pada bila-bila masa sahaja. Antara penyelesaian untuk mengelak dana anda digodam ialah dengan menggunakan Decentralized Exchanges.

Apa itu Decentralized Exchanges (DEXs)?
DEXs ialah satu pasaran pertukaran yang tidak bergantung pada pihak ketiga untuk menyimpan dana. Sebaliknya, perdagangan berlaku secara terus antara pengguna (peer to peer). Tambahan pula, DEXs dihubungkan melalui nodes, ini bermaksud tidak berlaku risiko untuk server downtime.

Antara faedah menggunakan DEXs ialah sifat "trustless" mereka. Anda tidak perlu bimbang tentang faktor keselamatan atau kejujuran pertukaran kerana dana anda  tidak disimpan oleh pihak ketiga. Satu lagi faedah DEXs ialah privasi yang sediakan. Pengguna tidak perlu mendedahkan butiran peribadi mereka kepada sesiapa, melainkan jika kaedah pertukaran melibatkan pemindahan bank dan di dalam kes ini hanya butiran anda diketahui orang yang menjual atau membeli dari anda.
Source : CryptoCompare
Kekurangan DEXs

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan pada DEXs, antaranya ialah :
  • Interface DEXs tidak mesra pengguna buat masa ini.
  • Masalah kecairan disebabkan oleh kekurangan volume.
  • Tiada advance tools yang disediakan seperti centralized exchange.
  • Kebanyakan DEXs masih dalam peringkat Beta.
  • DEXs tiada perkhidmatan pelanggan jadi sukar jika terdapat masalah. 
  • Sukar untuk ditukarkan kepada USD kerana USD adalah centralized currency.

Masa depan DEXs
Selepas anda membaca tentang kekurangan DEXs anda mungkin akan skeptikal dengan kebolehan DEXs untuk terus maju, tetapi saya berpendapat inilah cara untuk cryptocurrency bertahan dan berjaya. Faedah-faedah yang diberikan oleh DEXs akan menutupi kekurangan tersebut dalam jangka masa panjang dan tindakan negara-negara yang melarang crytocurrency akan menjadi pemangkin untuk DEXs membangun dan berjaya.