Selasa, 11 September 2001
Untuk mengelakkan pasaran saham merundum teruk, New York Stock Exchange (NYSE) dan Nasdaq tidak dibuka untuk dagangan pada pagi itu. Ia susulan dua pesawat American Airlines Flight 11 melanggar North Tower Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada jam 8:46 pagi waktu tempatan dan American Airlines Flight 175 melanggar South Tower pada jam 9:03pagi.
Serangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat itu disyaki dilakukan oleh pengganas yang dipimpin oleh gerakan radikal Islam (Al-Qaeda). Selain menyerang menara berkembar itu, mereka juga mensasarkan salah satu pesawat mereka ke bangunan Pentagon. Manakala pesawat keempat yang sedang menuju ke sasaran seterusnya di Washington D.C gagal selepas ia berjaya dipintas.
Reaksi Pasaran
Pasaran saham ketika itu berhadapan dengan situasi sukar kerana berlaku ketidaktentuan pasaran, panic selling dan kemerosotan harga yang teruk kesan dari serangan terbabit. NYSE dan Nasdaq masih ditutup sehingga 17 Sept, terpanjang sejak 1933. Ia juga berikutan banyak firma broker, trader dan institusi kewangan tidak dapat beroperasi kerana kemusnahan yang berlaku.
Pada hari pertama dagangan NYSE dibuka selepas 9/11, pasaran menjunam sebanyak 684 mata iaitu bersamaan 7.1% penurunan. Ia penurunan terburuk dalam sejarah NYSE. Indeks Dow Jones juga menjunam 1,370 mata (14%) pada hari itu. Manakan Indeks Standard & Poor (S&P) turun 11.6%. Secara keseluruhan, dianggarkan sebanyak $1.4 trillion kerugian sepanjang 5 hari dagangan selepas peristiwa 9/11.
Kebanyakan saham yang dijual adalah saham-saham berkaitan industry penerbangan dan sektor insurans. American Airlines dan United Airlines, dua syarikat penerbangan untuk pesawat yang dirampas mengalami kemerosotan nilai saham yang paling teruk.
Kesan Kewangan
Ketika dagangan ditutup pada 17 September, Saham American Airlines, Inc merundum teruk dari $29.70 sesaham (pada 11 September) kepada $18.00 sesaham, bersamaan 39% penurunan. Manakala saham United Airlines menyaksikan penurunan 42% dan ditutup pada $17.50 sesaham.
Industri lain yang turut terjejas adalah perjalan dan pelancongan, hiburan dan perkhidmatan kewangan. Antara syarikat yang mengalami menurunan yang teruk adalah Merrill Lynch (syarikat gergasi dalam perkhidmatan kewangan). Ia mengalami 11.5% penurunan sementara saham pesaing mereka, Morgan Stanley menyusut 13%.
Walaupun begitu, perlbagai firma insurans dilaporkan turut membayar sebanyak $40.2 billion kepada tuntutan berkaitan kejadian 9/11 ini. Antara yang mengalami kerugian yang teruk adalah Berkshire Hathaway, milik pelabur terkenal Warren Buffet. Kebiasaannya, firma insurans tidak melayani tuntutan berkaitan serangan pengganas.
Pelaburan Yang Tidak Terjejas
Walaupun sebahagian besar saham terjejas teruk ekoran serangan pengganas, terdapat juga saham yang mengalami kenaikan. Sebahagian besar syarikat berasaskan teknologi mahupun kontraktor-kontraktor peralatan pertahanan dan persenjataan menyaksikan peningkatan dalam nilai saham mereka. Mereka menjangkakan yang Amerika Syarikat pada ketika itu sedang bersiap sedia melancarkan peperangan terhada keganasan. Saham berkaitan komunikasi dan farmasi juga mengalami kenaikan.
Kesimpulan
Ekonomi Amerika Syarikat terkenal dengan kekuatan dan ketahanan. Mereka juga kekal optimis. Tidak sampai sebulan kemudian, indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P telah kembali kepada paras sebelum peristiwa 9/11.
Keadaan ekonomi semasa Amerika mungkin tidak terlalu berkait dengan serangan 9/11. Namun begitu, terdapat alasan yang kukuh untuk mengatakan yang sebahagian besar hutang Amerika Syarikat adalah hasil dari perbelanjaan besar peperangan melawan pengganas di Iraq dan Afghanistan. Ini telah meningkatkan hutang Amerika pada paras puluhan trillion Dollar.
Baca juga Hegemoni AS Di Ambang Kemusnahan Atau Baru Bermula?
Sumber : Investopedia