Cara Pemikiran Pemain Pasaran Yang Matang Pt 2 - Market Demon

Thursday, March 22, 2018

Cara Pemikiran Pemain Pasaran Yang Matang Pt 2


Untuk artikel sebelumnya sila rujuk Cara Pemikiran Pemain Pasaran Yang matang Pt1

Membuat Wang Adalah Kejayaan, Tetapi Bukan Pengukur Kejayaan
Sekiranya anda meletakkan kejayaan adalah dengan menyasarkan sejumlah wang, tetapi sasaran anda tidak sampai atau anda tidak membuat keuntungan, anda akan terdedah dengan risiko untuk melakukan trade yang lain di mana trade ini digelar revenge trade tanpa anda sedari. Anda akan membuat  keputusan yang dipengaruhi oleh emosi dan bukannya secara logik (di mana trade ini tidak sepatutnya dilakukan) yang akan mengundang lebih banyak kerugian. 

Cara mereka mengukur kejayaan adalah dengan berapa disiplinkah mereka mematuhi peraturan yang mereka sendiri ciptakan. Setiap kali mereka mematuhi peraturan mereka sendiri, tidak kira sama ada sedang loss atau profit adalah dikira satu kejayaan. Contohnya, ketika mereka sedang mengalami kerugian dan tiba masa untuk cut loss, mereka akan cut loss. Ini dikira satu kejayaan kepada mereka.

Pasaran Akan Dibuka Semula Esok
Mereka sedar apabila mereka terlepas peluang, masih ada hari esok untuk peluang lain. Ramai Trader di luar sana tidak menyedari perkara ini seolah-olah peluang ini hanya datang sekali. Perkara ini biasanya terjadi apabila terpengaruh oleh media sosial atau ahli group trading atau channel apabila orang lain memasuki lebih awal dan menghebahkan keuntungan dari kenaikan yang sedang berlaku.

Ini akan menyebabkan anda menjadi FOMO ( Fear of Missing Out ). Sudah tentu beribu peluang lain akan menjelma esok hari! Charlie Munger iaitu rakan niaga Warren Buffet pernah menjawab ketika ditanya tentang terlepas pandang pelaburan Google dan Amazon,

We will keep missing them, our secret is that we don't miss them all


Sekiranya pemain pasaran terbaik dunia tidak risau terlepas peluang, kenapa anda mahu kalut?

Tidak Menambah Jumlah Trading yang Sedang Loss
Tidak sama sekali menambah saiz yang sedang loss. Tidak sama sekali. Ini adalah penting. Ia seolah-olah pantang larang keturunan.

Don't try to play a better game, Pay attention when the game has changed


Trading Jounal
Anda mungkin sudah muak mendengar tips ini. Tetapi berapa ramai yang melakukannya? Anda mungkin pernah cuba untuk membuatnya untuk satu hari, satu minggu atau satu bulan dan kemudian putus asa kerana ia tidak membantu anda dengan kerjanya yang agak rumit.


Trading Journal tidak akan membantu anda dalam masa yang singkat. Trading journal hanya akan memberi kesan untuk jangka masa panjang (masa hadapan). Ia akan membongkar teknik trade yang sesuai dengan diri anda.


Contoh kandungan trading journal.

Kerja Mereka Bukan Trading, Tetapi Mencari Peluang Yang Baik Di Dalam Trading 
Mereka tidak memasuk pasaran setiap hari. Malah ada di antara mereka hanya melihat carta untuk 3 hari tanpa menyentuh keyboard, tetapi masih menggelar diri mereka trader. 


I  just wait until there is money lying in the corner, And all I have to do is go over there and pick it up. I do nothing in the meantime

Semoga Berjaya !