Dunia Akan Memiliki Satu Mata Wang Tunggal - Market Demon

Thursday, March 22, 2018

Dunia Akan Memiliki Satu Mata Wang Tunggal


CEO Twitter, Jack Dorsey dengan berani mengatakan Bitcoin akan menjadi "mata wang tunggal" di dunia. Bercakap kepada Times ketika di London, mempromosikan platform pembayaran pro-crypto, Square, Dorsey berkata peralihan global ke arah cryptocurrency boleh berlaku lebih awal sebelum tahun 2028. Kata Dorsey,

Dunia akhirnya akan mempunyai mata wang tunggal, internet akan mempunyai mata wang tunggal.

Komen Dorsey sangat kontradiksi dengan sentimen semasa di tengah khabar angin yang mengatakan Twitter akan mengikuti langkah Facebook dan Google untuk menyekat iklan cryptocurrency. Sky News pada 18 Mac yang lalu melaporkan bahawa polisi pengiklanan Twitter yang baru melarang pengiklanan Initial Coin Offerings (ICOs), jualan token dan wallet crypto di seluruh dunia dan polisi itu akan berkuat kuasa seawal bulan April.

Dorsey sendiri mengaku bahawa Bitcoin tidak memenuhi prasyaratnya untuk urus niaga kerana lambat dan yuran transaksi yang mahal. Minggu lalu, Dorsey mendedahkan beliau merupakan salah seorang pelabur yang membiayai projek Lightning Labs, startup yang akan melancarkan Lightning Daemon (beta).

Jadi, apa pendapat anda mengenai ramalan Jack Dorsey ini?