4 Tabiat Orang Berjaya - Market Demon

Thursday, March 22, 2018

4 Tabiat Orang Berjaya


Kita semua mahu berjaya. Sama ada memulakan perniagaan sendiri, belajar kemahiran, atau kurangkan berat badan. Bagi kita yang telah mencuba dan gagal, kejayaan seolah-olah seperti teka-teki yang sukar untuk diselesaikan. Mengapa orang lain boleh berjaya tetapi kita sentiasa gagal?

Sukar untuk mengatakan bahawa orang yang berjaya bekerja lebih keras atau lebih bijak secara semulajadi berbanding mereka yang tidak berjaya. Lagipun, ramai juga orang yang bekerja keras tetapi tetap berakhir dengan kegagalan. Apa yang benar, orang berjaya mempunyai kecendurungan yang sama, mungkin dengan mengikut beberapa tabiat mereka kita juga boleh menjadi seperti mereka. Berikut, kami kongsikan 4 tabiat utama orang berjaya.

4. Bangun Awal

Ya, sangat sukar. Bangun awal boleh menjadi seperti pertempuran yang sukar tetapi ini adalah tabiat yang paling biasa dikalangan orang berjaya. Kenapa bangun awal boleh menjadi indikator kejayaan?

Apabila anda bangun awal, anda akan menjadi lebih produktif. Anda mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan apa sahaja yang perlu anda lakukan. Bangunlah sebelum "pesaing" anda bangun, dengan minda yang jelas dan gangguan yang minima adalah satu rahmat.

Sekiranya anda ingin bangun awal tetapi sukar, lakukan secara berperingkat. Mulakan dengan menetapkan jam penggera anda untuk bangunkan anda 10 minit lebih awal daripada kebiasaan. Seterusnya, naikkan masa sebanyak 5 minit selepas beberapa hari.

3. Banyakkan Membaca

Satu tabiat yang dikongsi oleh semua orang berjaya adalah semangat mereka untuk membaca. Charlie Munger, rakan lama Warren Buffett di Berkshire Hathaway pernah berkata,

Jika anda perhatikan Warren Buffett, saya boleh katakan separuh dari seluruh waktunya beliau habiskan dengan membaca.

Ketika Buffett sendiri ditanya soalan bagaimana seseorang itu dapat menjadi lebih pandai, beliau menjawab,

Baca 500 halaman buku setiap hari.

Mark Cuban, seorang ahli perniagaan dan pelabur, seolah-olah semua bidang yang diterokainya berjaya, sama ada perniagaan, hiburan, teknologi, pelaburan atau sukan. Bagaimana beliau melakukannya? Menurut Cuban, jawapannya adalah membaca! Membaca memberinya kelebihan untuk berjaya dan ini terpakai dalam semua aspek kehidupan. Seperti yang dijelaskan Cuban dalam bukunya, How To Win At The Sport of Business,

Saya membaca buku dan majalah setiap hari. 3 dolar untuk majalah, 20 dolar untuk buku. Satu idea yang baik akan membawa anda kepada pelanggan atau penyelesaian kepada masalah. Beberapa idea yang saya baca ada yang baik, ada yang tidak baik. Melalui pembacaan, saya belajar sesuatu yang berharga.

Jika terdapat buku yang anda minati, beli. Seperti yang Cuban katakan, apa yang anda perlukan adalah satu idea yang baik.

2. Latihan

Anda mungkin pernah dengar peraturan 10,000 jam, idea yang menjadikan 10,000 jam waktu untuk praktis menjadi word-class dalam bidang tertentu, idea ini dipopularkan oleh Malcolm Gladwell.

Anda juga mungkin pernah dengar frasa yang berbunyi,

Practice makes perfect.

Yang sepatutnya,

Perfect practice makes perfect.

Sekiranya anda ingin mendapatkan sesuatu yang baik, anda perlu duduk dan merancang. Tiger Woods, salah seorang pemain golf paling berjaya sepanjang masa, terkenal dengan sesi latihannya yang tegang dan fokus. Menurut Woods sendiri, sesi latihan golfnya adalah dari 7 hingga 8 jam. Fikirkan berapa lama masa untuk anda menjadi elit dalam bidang anda dan apa yang orang berjaya lakukan untuk mencapai matlamat mereka yang berbeza dengan anda?

1. Jadi Proaktif

Kejayaan datang dari tindakan, Orang yang berjaya terus ke depan. Mereka melakukan kesilapan tetapi mereka tidak berhenti. Walaupun anda mempunyai banyak idea dan rancangan, semua itu tidak bermakna jika anda tidak mengambil sebarang tindakan. Sekiranya anda ingin berjaya, anda perlu menjadi proaktif.

Ganjaran tidak akan datang sendiri. Sama seperti makan, sekiranya anda lapar, ambil, kunyah dan telan. Makanan tidak akan masuk sendiri ke dalam perut anda. Menjadi proaktif sangat penting, proaktif adalah asas kepada semua tabiat yang lain.

Tidak ada orang lain yang akan membawa anda ke mana anda mahu pergi, semuanya terpulang kepada anda. Keluarga dan rakan-rakan tidak boleh berjaya untuk anda. Hanya anda boleh melakukannya sendiri. Ambil tanggungjawab ke atas masalah (cabaran) anda, dan sedar bahawa tiada siapa yang akan menyelesaikannya untuk anda.