Cara Pemikiran Pemain Pasaran Yang Matang Pt 1 - Market Demon

Thursday, March 22, 2018

Cara Pemikiran Pemain Pasaran Yang Matang Pt 1


Sangat Sabar Dengan Winning Trade & Sangat Tidak Sabar Dengan Losing Trade
Sekiranya mereka berada di dalam posisi “winning trade” atau “bull market”, mereka sangat sabar dengan kenaikan, tidak terburu – buru untuk mengambil keuntungan. Mereka memberi masa kepada pasaran untuk develop mencapai target price atau lebih dari itu.

Sangat tidak sabar apabila berada di dalam posisi “losing trade” atau “bear market”, Mereka akan keluar dari market secepat mungkin dan meminimakan kerugian. Ramai yang berpendapat pemain pasaran yang matang selalu mendapat keuntungan dalam setiap trade yang dilakukan. Ini adalah tidak benar sama sekali. Mereka juga kerap mengalami kerugian. Tetapi dengan cara seperti yang dinyatakan diatas, mereka mendapat lebih keuntungan dari kerugian walau banyak kali mengalami kerugian dalam pasaran. Contoh :

Ini adalah bilangan trade entry. Dalam 14 kali anda masuk pasaran, 10 kali rugi hanya 3 kali untung. 
Anda boleh lihat sendiri seperti contoh diatas kekerapan posisi kerugian yang dialami adalah tinggi tetapi masih lagi untung apabila anda bersabar dengan kenaikan dan sangat tidak sabar dengan penurunan. Carta ini adalah sebagai contoh sahaja untuk memudahkan pemahaman anda, anda bertanggungjawab 100% terhadap perancangan pengurusan risiko anda.

You Win Some, You Lose Some, As Long As The Outcome Is Income

Membuat Duit Lebih Penting Dari Menjadi Betul
Lumrah manusia ingin menjadi betul dalam membuat keputusan. Tetapi ini tidak berguna dalam pasaran.  Contohnya, anda telah menjalankan kajian fundamental, teknikal dan sentimen sedalam yang mungkin dan anda sangat yakin,


ini adalah undervalue dan sepatutnya nilai akan naik.


Tetapi realitinya apa yang selalu terjadi dalam pasaran tidak seperti yang anda jangkakan, dan sekiranya anda terus - menerus berpendapat pasaran akan mengikut seperti yang anda jangkakan, anda mungkin mengalami kerugian yang berterusan kerana anda tidak mampu menggerakkan pasaran seperti yang anda mahukan. Tidak penting sama ada anda betul atau salah, sebaliknya membuat duit dan tidak kehilangan lebih banyak duit adalah lebih penting dari menjadi betul.


Pemain Pasaran Yang Matang Melihat Carta Sebagai Tempat Dimana Pemain Pasaran Yang Lain Beratur Untuk Membeli Dan Menjual.
Majoriti pemain pasaran menggunakan pelbagai teknikal analisis dan masing-masing mempunyai teknik tersendiri. Terdapat beribu indicator yang disediakan, pelbagai teori teknikal analisis yang boleh menjana keuntungan. Tetapi pemain pasaran yang matang melihat carta ini sebagai tempat di mana orang beratur membeli dan menjual. 

Contohnya, ketika pemain pasaran lain berpendapat Trendline / MACD / SMA / Bollinger Band / RSI dan sebagainya menunjukkan isyarat untuk membeli, pemain pasaran yang matang melihat ini adalah tempat di mana pemain pasaran lain sedang menunggu untuk melakukan pembelian.

Trading Plan
Sebelum memasuki pasaran, Pemain pasaran matang tahu dimana untuk keluar. Tidak kira untung atau rugi, dimana untuk keluar adalah sangat penting. Sekiranya mereka tidak dapat mengenalpasti dimana untuk keluar, mereka tidak akan sesekali masuk ke dalam pasaran.

Pemain Pasaran Matang Berhenti Berpendapat Tentang Pasaran Sedang Mahal Atau Murah
Satu token berharga 10 USD mungkin anda rasa murah, tetapi jika token itu sebenarnya tiada perkembangan nilai atau “shit token” yang sebenarnya hanya bernilai 1 USD sahaja, itu adalah token yang paling mahal anda beli. Sebaliknya, jika 1 token 1,000 USD anda rasa mahal, walhal token ini mempunyai nilai yang sangat tinggi pada masa akan datang, itu adalah token yang paling murah anda beli. Boleh rujuk artikel Castle In The Air jika anda kurang jelas.

Ketahui bahawa pro trader lebih banyak menghabiskan masa menganalisa carta sebelah kanan (masa hadapan) dari carta sebelah kiri  (masa lepas).

Ikuti sambungan Part 2 di cara pemikiran pemain yang matang part 2.