Harga Minyak Mentah - Sejarah Harga Dari Penghujung Abad Ke-19 - Market Demon

Thursday, March 22, 2018

Harga Minyak Mentah - Sejarah Harga Dari Penghujung Abad Ke-19


Apakah sumber tenaga paling utama dunia? Ya. Crude oil atau minyak mentah. Minyak mentah adalah sumber tenaga dunia yang paling utama untuk negara industri dan kemungkinan besar akan kekal di tempat pertama untuk sekurang-kurangnya sedekad lagi. Kebanyakan negara – pengeksport atau pengimport, pengeluar atau pengguna – sangat bergantung kepada perubahan harga semasa minyak mentah. Berdasarkan sejarah harga minyak mentah, terdapat beberapa kenaikan, penurunan, kejatuhan merudum (crash) dan kenaikan mendadak di mana terdapat banyak faktor yang mendorong kejadian ini. Untuk menyokong sejarah ini, artikel ini akan membawa pembaca kepada sejarah harga minyak mintah daripada tahun 1900.



Terdapat beberapa percanggahan pendapat antara ahli ekonomi yang menyatakan bahawa harga minyak mentah tidak wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Penghasilan dan penggunaan minyak mentah pada waktu tersebut hanya berlaku di Amerika Syarikat, tetapi ada sebilangan kecil transaksi yang berlaku untuk pembelian minyak. Selain itu, zaman kesusahan semasa peperangan dan juga ancaman Soviet telah menyebabkan Marshall Plan (a.k.a European Recovery Program) pada tahun 1948 dilaksanakan. Ini membawa kepada persaingan harga pasaran yang sangat sengit yang telah menyebabkan Teluk Parsi dijual kepada Eropah. Salah satu spesifikasi dalam perjanjian ini ialah harga Free On Board yang bermaksud harga yang dijual adalah harga asal dan tiada fee yang dikenakan untuk kos penghantaran atau shipping.

Jadi, ini membuatkan harga yang dibeli sangat rendah, malah untuk pembeli dari jauh sekalipun. Akibat daripada itu, Eropah dan juga pembeli lain dapat menikmati harga diskaun. Dari 1948 hingga penghujung 1960, harga minyak mentah ialah di antara $2.50 dan $3.00. Walau bagaimanapun, dari tahun 1970, banyak berlaku turun naik atau fluctuation, seperti kes krisis minyak pada tahun 1973 disebabkan perang Arab-Israel yang dipanggil Perang Yom Kippur, dimana negara OPEC mengenakan sekatan kepada USA dan Belanda. Disebabkan itu, OPEC mengurangkan kadar pengeluaran minyak mereka yang menyebabkan kenaikan harga minyak dari $3.00 kepada $12.00.

Melihat lebih ke dalam lagi, harga minyak mentah menjadi tidak menentu sekali lagi kerana berlakunya revolusi di Iran yang membawa kepada pengurangan kadar pengeluaran minyak daripada tahun 1979 hingga 1980. Sementara itu, ahli OPEC, terutamanya Arab Saudi, enggan meningkatkan kadar pengeluaran minyak mereka untuk menggantikan kadar pengeluaran yang hilang oleh Iran. Jadi, harga minyak melonjak naik. Kadar pengeluaran minyak Iran dan Iraq jatuh ketika perang Iran/Iraq pada 1980. Peperangan ini telah menaikkan lagi harga minyak daripada $14 kepada $35 bbl pada tahun 1981. Kemudian harga minyak jatuh sekali lagi kepada $12 untuk suku yang pertama tahun 1986, kembali kepada harga pada tahun 1974.

bbl - barrel bermaksud Tong
bbd - barrel per day bermaksud Tong Sehari

Harga minyak sekali lagi meroket pada tahun 1990 dengan kadar pengeluaran yang rendah oleh sebab berlakunya serangan Iraq ke atas Kuwait. Kemudian Peperangan Teluk atau Gulf War, yang ingin membebaskan Kuwait, membawa kepada penurunan harga minyak secara konsisten. Penggunaan minyak secara global meningkat kepada hampir 6.2 juta bbd sementara negara-negara Asia mengguna sebanyak 300,000 bbd. Penurunan kadar pengeluaran oleh Rusia, dimana lebih 5 juta bbd, dari tahun 1990 hingga 1996 telah menyumbang kepada pemulihan harga minyak.

Kemudian, harga minyak sekali lagi mencanak naik disebabkan krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998 dan keputusan OPEC untuk menghadkan kadar pengeluaran minyak. Pada 1998, OPEC meningkatkan kuota pengeluaran daripada 2.5 juta bbd kepada 27.5 juta bbd. Oleh itu, ekonomi Asia yang sebelum ini rancak meningkat telah terhenti dan kadar penggunaan minyak untuk Asia Pasifik juga berkurang. Dengan kombinasi kadar penggunaan, peningkatan dan penurunan kuota pengeluaran oleh OPEC menyebabkan harga minyak kembali jatuh. Kemudian, OPEC menurunkan kuota pengeluaran sebanyak 1.25 juta bbd pada April dan lebih 1.335 juta bbd pada Julai menyebabkan harga minyak naik semula pada tahun 1999.

Sejak tahun 2000, harga minyak dunia digambarkan sebagai peningkatan yang drastik kerana prubahan harga yang sangat besar. Pengeluaran minyak oleh Rusia telah mendominasi pengeluaran non-OPEC sepanjang tahun 2000 hingga 2007. Selain itu, serangan pengganas pada 11 September 2001 menyebabkan harga minyak merudum dengan kadar yang sangat cepat. Harga untuk West Texas Intermediate (WTI) jatuh 35% pada pertengahan November. OPEC sekali lagi mengurangkan kadar pengeluaran sebanyak 1.5 juta bbd pada Januari 2002 dan Rusia juga tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama dan telah mengurangkan sebanyak 462,500 bbd. Harga pada Mac 2007 ialah $25 setong. Seterusnya pada 2003, Venezuela kembali mengeluarkan minyak, pencerobohan Iraq oleh AS dan juga permintaan yang tinggi oleh Asia telah berlaku.

Harga minyak berada pada paras tertinggi iaitu $145.29 pada 3 Julai 2008 kerana berlakunya kenaikan kadar inflasi oleh Bank Pusat Eropah sebanyak 25 mata. Selepas itu, harga minyak sekali lagi jatuh sehingga $40 setong pada penghujung 2008. OPEC mengurangkan pengeluaran sebanyak 4.2 juta bbd pada awal 2009, sementara permintaan Asia meningkat menyebabkan harga meningkat secara konsisten. Perang Saudara Libya dan kejadian Arab Spring telah menyebabkan Libya kehilangan upaya untuk mengeksport minyak sebanyak 1.5 juta bbd pada 2011 dan menyebabkan harga melonjak naik. Selain itu, permintaan pasaran terutamanya dari China dan Timur Tengah juga menyebabkan harga minyak kekal naik pada tahun 2011.



Keadaan sekarang seperti yang dinyatakan oleh ahli ekonomi, terdapat 4 sebab harga minyak jatuh.
  • Kurang permintaan di peringkat global kerana aktiviti ekonomi lemah dan banyak negara menggunakan tenaga alternatif.
  •  Libya dan Iraq sebagai pengeluar terbesar telah mengeluarkan hasil sebanyak 4 Juta bbd.
  • Amerika Syarikat telah menjadi pengeluar minyak terbesar di dunia. Walaupun begitu, Mereka tidak eksport minyak dan import dalam jumlah yang kecil berbanding sebelum ini supaya mereka dapat simpan bekalan.
  • Arab Saudi dan sekutunya mendominasi persidangan OPEC pada 27 Nov 2014 dimana mereka memutuskan untuk meneruskan kadar pengeluaran yang tinggi tanpa mengorbankan syer pasaran mereka untuk menstabilkan harga. Jika OPEC memutuskan untuk mengurangkan kadar pengeluaran, semua kebaikan akan berpindah kepada Rusia dan Iran.


Terdapat banyak sebab dan faktor yang mendorong kenaikan dan penurunan harga minyak, Contohnya seperti Supply dan Demand, Politik, Peperangan, Keputusan OPEC, Ekonomi Global dan Negara Eksport/Import. Apabila harga naik, akan berlaku kelembapan ekonomi di dalam negara industri.