Teknologi Blockchain Mengubah Dunia Pendidikan - Market Demon

Friday, June 1, 2018

Teknologi Blockchain Mengubah Dunia Pendidikan

Image result for blockchain education industry


Pasca digitalisasi hari ini, kita menyaksikan kebanyakkan industri mengalami perubahan besar sama ada secara sedar atai tidak. Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu banyak memberi kesan dalam dunia perhubungan, komunikasi, transaksi, perniagaan, ekonomi dan tidak ketinggalam pendidikan. Dalam artikel kali ini, akan diceritakan sedikit sebanyak bagaimana transformasi digital ini telahpun bertapak dan merubah dunia dalam banyak sektor. Berikut disenaraikan teknologi-teknologi pelbagai industri yang mengalami revolusi dari tahu ke tahun. 

Perkembangan dalam Industri Teknologi Komunikasi, Perhubungan dan Pengangkutan


1865 Nokia
1876 Ericsson
1892 GE
1901 AT&T
1889 Nintendo
1928 Motorola
1915 IBM
1938 Samsung
1968 Intel
1939 HP
1946 Sony
1984 Dell
1975 Microsoft1976 Apple
1997 Netflix
1984 Cisco
1994 Amazon1998 Google
2004 Facebook
1999 Salesforce2003 Tesla
2009 Uber 2008 Airbnb

Ini adalah 13 teknologi dekad seterusnya :


1 #AI (Artificial Intelligence)
2 # IoT
3 #blockchain
4 percetakan 3D
5 mudah alih
6 kereta autonomi
7 internet mudah alih
8 robotik
9 VR / AR
10 kuasa tanpa wayar
11 nanotek
12 UI suara, VPAs
13 5G #MITCIO


Industri-Industri yang ditemui selepas 2003 yang mana seiring dengan Revolusi Industri 4.0



  • Facebook
  • Twitter
  • iPhone
  • iPad 
  • Kindle
  • 4G
  • Android
  • YouTube
  • Apple App Store
  • AWS
  • Uber
  • Blockchain
  • Airbnb
  • Bitcoin
  • Stripe
  • Square
  • Flipkart
  • Instagram
  • SpotifyDropbox 
  • Pinterest 
  • SnapchatWhatsApp 
  • Quora
  • KickstarterMessenger 
  • Oculus Tumblr Hulu 
  • NestBox 
  • Fitbit

10 Negara utama Dunia Menggunakan Robot


1. South Korea (661 robots : 10,000 manusia)
2. Singapore
3. Germany
4. Japan
5. Sweden
6 Denmark
7. US
8. Italy
9. Belgium
10. Taiwan


Transformasi dalam Dunia Pendidikan


Seiring dengan perlantikan Menteri Pendidikan baru negara, dasar pendidikan negara yang baru telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Dr. Mazslee. Dalam dasar pendidikan yang baru banyak mengambil konsep dan adaptasi dari negara Finland yang secara asasnya memaksimumkan pelajaran untuk para pelajar, mengurangkan waktu pembelajaran formal di dalam kelas serta mengurang beban kerja para pendidik. Berbanding 5-10 tahun yang lalu, bilik-bilik kelas hari ini dilengkapi dengan teknologi, dari komputer tablet dan televisyen skrin lebar ke papan putih interaktif untuk membantu pendidik mengajar dengan lebih berkesan dan membantu pelajar memahami subjek dalam bentuk yang lebih menarik. Sedar atau tidak ini adalah hasil transformasi digital industri 4.0 yang melibatkan teknologi 'Artificial Intelligence' dan 'Internet of Things'. Seiring berkembangnya ilmu pengetahuan begitu jugalah berkembangnya teknologi melalui inovasi dan revolusi yang di cipta manusia dalam memudahkan urusan. 

Beberapa tahun kebelakangan ini juga telah melihat perkembangan kursus dalam talian terbuka secara besar-besaran, atau MOOCS. Penyedia seperti edX - yang diasaskan oleh Harvard University dan Massachusetts Institute of Technology pada tahun 2012 yang menawarkan kursus dalam talian percuma dari institusi terkenal seperti Columbia University dan Delft University of Technology di Belanda. Platform ini menyediakan lebih daripada 1,900 kursus dan para penggunanya datang dari seluruh dunia.

Memandangkan teknologi mendorong perubahan dalam pendidikan, salah satu daripada penyumbang besar sektor ini akan mengikuti perkembangan dan menggalakkan inovasi untuk terus berlaku dalam menjadikan sistem pendidikan lebih relevan dan berdaya saing. 

Dalam satu wawancara dengan pihak CNBC, ketua pegawai teknologi dan operasi untuk Pearson Education Albert Hitchcock di petik sebagai berkata "Media digital memberikan kita peluang untuk benar-benar mengambil pengalaman pendidikan dan pembelajaran ke peringkat seterusnya,"

"Pada akhirnya, teknologi akan membolehkan kita benar-benar mengaplikasikan pengalaman dalam dunia pendidikan dengan cara yang lebih efektif dalam usaha meningkatkan hasil belajar dan mempersingkat masa pembelajaran." Hitchcock menambah bahawa teknologi akan memberikan Pearson keupayaan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat di seluruh dunia.

Image result for blockchain education industry


Di Pearson, Hitchcock mengetengahkan visi di sebalik usaha syarikat untuk membangunkan platform pembelajaran global, menjelaskan bahawa idea itu adalah 'Asasnya idea ini telah banyak di gunakan dalam banyak syarikat-syarikat gergasi menggunakan teknologi digital yang telah terbukti berkesan"

"Kita sudah biasa lihat dengan penggunaan Amazon untuk runcit, Netflix untuk TV dan filem, Spotify untuk muzik," tambahnya lagi. 

Syarikat-syarikat ini seolah membawa satu perubahan besar dalam sektor mereka. Ini adalah peluang bagi kita untuk mewujudkan satu platform global yang akan menyatukan semua pengalaman dan pengalaman mereka di seluruh dunia juga, dan membawa pengalaman pembelajaran itu ke peringkat seterusnya. Teras platform adalah "Machine Learning dan Artificial Intelligence (AI)". Ini adalah platform agnostik berbilang peranti yang lengkap dan dapat menghantar kandungan ke mana-mana "gadget"di di mana sahaja di dunia. Teknologi ini akan membolehkan para tenaga pengajar berkongsi pengalaman mereka kepada para pelajar satu dunia, berkongsi pengalaman termasuk kepada institusi, fakulti pendidikan dan membolehkan pengajar mendapat akses kepada maklum balas kepada setiap perkongsian mereka secara atas talian.