Pelancaran tabung ini diadakan sebagai menyahut sifat patriotisme rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Negara atas dasar kedudukan kewangan negara refleksi pemerintahan lalu. Sehingga saat artikel ini ditulis, dilaporkan sebanyak RM7 juta telah berjaya dikutip oleh rakyat Malaysia yang dermawan. Walaupun masih rendah dan berbeza daripada isu di hutang Korea Selatan terhadap IMF pada lewat krisis ekonomi dua dekad (1997-1998) lalu. Hutang Negara masih terkawal.
Persoalannya, derma ini boleh dikategorikan kepada apa pada sudut pandang Islam. Adakah ianya suatu , Infaq atau Sedeqah atau Zakat?
Sedeqah
Sedeqah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat.Infaq
Infaq menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat.Waqaf
Waqaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut. Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan.
Rumusan
Justeru, pada pandangan penulis ia boleh dikategorikan di bawah sedeqah, tetapi tidaklah sampai taraf Zakat wajib atau infaq. Sekiranya anda hendak menderma, kami ucapkan tahniah kerana anda orang yang hebat kerana berjaya mengurus keutamaan kewangan dengan selesai hutang wajib, dan selesai urusan nafqah wajib.
RM1 adalah nominal tetapi kondisinya berbeza bagi setiap kocek orang. Oh ya, bila agaknya boleh sedeqah pakai cryptocurrency, admin masih tunggu. Sila simpan resit dan saling hormat!
Wallahu a'lam.
Rujukan:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1353-al-kafi-396-beza-makna-sedekah-infaq-dan-zakat
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com
Ingin dapatkan kemaskini lebih pantas di peranti pintar anda? Ikuti salah satu media sosial kami di bawah:
Twitter : https://twitter.com/market_demon
Telegram : https://t.me/market_demon
Facebook : https://www.facebook.com/marketdemonofficial