10 Syarikat Terbesar Dunia Menggunakan Teknologi Blockchain - Market Demon

Monday, February 18, 2019

10 Syarikat Terbesar Dunia Menggunakan Teknologi Blockchain

Beberapa individu berpengaruh mengkritik mengenai cryptocurrency dan teknologi blockchain yang kini mula diguna pakai beberapa syarikat terbesar di dunia. Kebanyakan keghairahan dan penggunaannya banyak didorong oleh syarikat-syarikat kecil dan permulaan. Jadi syarikat besar manakah yang kini telah menggunakan teknologi blockchain. Ini merupakan senarai syarikat terbesar dunia yang menggunakan teknologi blockchain


Related image

1. JP Morgan

JP Morgan yang sekarang bernilai kira-kira $ 2.7 trilion kini mempunyai platform blockchain sendiri yang dipanggil Quorum, sebuah syarikat yang menggunakan Ethereum. Projek kolaboratif antara JP Morgan dan Etherium ini bertujuan untuk menangani cabaran dalam teknologi blockchain yang khususnya dalam industri kewangan. Quorum merupakan open source untuk meningkatkan daya tarikannya kepada institusi lain. Pfizer, gergasi farmaseutikal dan IHS Markit adalah sebahagian daripada syarikat-syarikat besar yang telah menyatakan minat dalam platform tersebut. 

Image result for berkshire hathaway
2. Berkshire Hathaway

Berkshire Hathaway, firma pelaburan Amerika yang sudah menggunakan teknologi blockchain. Warren Buffet adalah salah satu pengkritik cryptocurrency dan menyatakan bahawa sesiapa melabur dalam cryptocurrency umpama seperti mengambil racun tikus. Walau bagaimanapun ini tidak menghalang BNSF Railway Co, sebuah unit di bawah Berkshire Hathaway daripada bereksperimen dengan teknologi tersebut. BSNF adalah salah satu daripada syarikat pertama yang menyertai Blockchain dalam Transport Alliance, sebuah badan yang mempunyai 200 syarikat yang kini mencari cara terbaik dalam menggunakan teknologi blockchain dalam industri pengangkutan. Salah satu syarikat yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway juga merancang untuk menggunakan blockchain untuk mengesan berlian.

Image result for santander

3. Santander

Bank dan institusi kewangan merupakan antara sektor yang kearah menggunakan teknologi blockchain. Seperti yang dijangka, beberapa bank dan penyedia perkhidmatan kewangan berada pada tahap untuk meneroka bagaimana blockchain dapat digunakan untuk menyelaraskan aliran kewangan.
Bank terbesar di Eropah, Santander sudah mempunyai aplikasi pembayaran yang  berdasarkan blockchain yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran secara rentas sempadan. Produk yang dibina menggunakan teknologi Ripple's xCurrent yang sudah diguna pakai di empat buah negara setakat ini.

Image result for icbc

4. ICBC

ICBC Bank China baru-baru ini telah memfailkan paten untuk mengesahkan sijil melalui blockchain yang boleh dikongsi. Inovasi akan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran sijil dan menjimatkan pengguna dari kerumitan untuk memfailkan dokumen yang sama beberapa kali. Ini merupakan satu keputusan yang luar biasa kerana China setakat ini menggunakan pendekatan yang ketat terhadap cryptocurrency dan aktiviti yang berkaitan tahun lepas.

Image result for wells fargo

5. Wells Fargo

Projek Wells Fargo dalam meningkatkan kelajuan dan kecekapan dan penyelesaian pembayaran perbankan koresponden dengan menggunakan teknologi blokchain telah berjalan sejak tahun 2016 lagi. Dalam komen yang dibuatnya pada 2016 pengurus produk global Judd Holroyde berkata bahawa terdapat peluang yang baik dalam mewujudkan proposisi nilai pelanggan yang lebih baik dengan menawarkan pengesanan status transaksi masa nyata, transparency dalam pembayaran institusi kewangan, lebih tepat lagi solusi yang lebih cepat dalam urus niaga pengebilan.

Image result for bank of america



6. Bank of America

Bank of America tidak ketinggalan juga, Permohonan paten yang difailkan pada baru-baru ini adalah dalam usaha untuk menggantikan sistem perkongsian data dengan teknologi blockchain. Produk yang mempunyai akses terhad akan digunakan untuk merakam serta mengesahkan data peribadi ataupun perniagaan. Sistem ini juga turut mencatat log setiap kali pengguna melakukan sebarang transaksi.

Image result for apple
7. Apple

Gergasi Tech Apple juga telah memfailkan paten kepada transaksi timestamp, mendedahkan bahawa Apple turut menggunakan teknologi blockchain dalam beberapa produknya. Syarikat yang mempunyai aset bernilai kira-kira $ 367 bilion belum membuat perancangan yang jelas lagi.

Image result for microsoft

8. Microsoft

Microsoft adalah satu lagi syarikat utama yang memposisikan ke dalam teknologi blockchain. Microsoft melihat potensi dengan penggunaan teknologi blockchain dalam keselamatan siber terutamanya bagi sektor kewangan. Microsoft Azure Blockchain Workbench antara hasil antara Microsoft dengan menggunakan teknologi blockchain dapat mengurangkan masa yang diperlukan bagi sesebuah syarikat dalam membangunkan aplikasi yang berasaskan blokchain. Pengedar makanan Nestle adalah salah satu daripada syarikat yang sudah mengambil kesempatan daripada platform tersebut.

Related image

9. Kumpulan Kewangan Mitsubishi UFJ

Bank of Tokyo Mitsubishi UFJ merupakan cabang dari salah satu kumpulan kewangan terbesar Mitsubishi UFJ Financial Group yang berada di peringkat dalam menguji platform blockchainnya sendiri yang lengkap dengan token digital yang dinamakan crypto MUFG. Projek ini kini merangkumi lebih dari 100,000 pelanggannya yang akan menukar dana mereka untuk crypto MUFG. Matlamat utamanya adalah untuk mempercepatkan kelajuan transaksi yang dilakukan oleh pengguna.

Image result for facebook

10. Facebook

Facebook merupakan syarikat gergasi yang turut dalam penggunaan teknologi blockchain. Beberapa eksekutif yang berpengalaman sedang memberi tumpuan lebih kepada teknologi blockchain, syarikat itu mengumumkan sebuah pasukan telah ditubuhkan dalam menaiktaraf facebook dalam menggunakan teknologi blockchain. 

No comments: