Bank ke-5 Terbesar Dunia Bakal Debut Rangkaian Pembayaran Blockchain pada tahun 2020 - Market Demon

Thursday, February 14, 2019

Bank ke-5 Terbesar Dunia Bakal Debut Rangkaian Pembayaran Blockchain pada tahun 2020

Image result for mufg collaborate with akamai

Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) di Jepun secara rasmi telah mengumumkan ia akan melancarkan sistem pembayaran berasaskan blockchain. Bank kelima terbesar di dunia sedang mengusahakan projek ini dengan kerjasama rangkaian penghantaran kandungan Amerika Syarikat, Akamai dengan tujuan akan dilancarkan pada H1 2020.

Digelar sebagai "Rangkaian Terbuka Global," platform ini bertujuan menggunakan industri pembayaran MUFG bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran pembayaran yang berasaskan blockchain yang semakin kompetitif.

MUFG dan Akamai telah mengumumkan penglibatan bersama pada bulan Mei tahun lalu, turut juga mengeluarkan garis panduan mengenai Rangkaian Terbuka Global dan menetapkan tarikh pelancaran untuk permulaan pada tahun 2018.

Rangkaian pembayaran baru ini akan menjadi perkhidmatan pembayaran yang pelbagai serta dilengkapi dengan interface yang boleh digunakan sebagai rangkaian komunikasi, dan ini termasuk fungsi untuk pemindahan dan pengurusan nilai melalui teknologi blockchain.

MUFG telah memulakan beberapa usaha blockchain dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan diantaranya merupakan inisiatif untuk membangunkan koridor pengiriman bersama negara Brazil dengan menggunakan Ripple (XRP).




Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon

No comments: