Kita sering dengar tentang cryptocurrency itu cryptocurrency ini. Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan bermacam lagi. Cryptograph yang telah menjadi tunjang utama bagaiman blockchain berfungsi melalui hashing dan juga private key. Adakah anda tahu dari mana asal usul cryptography itu sendiri atau bermaksud di mana lahirnya sebuah komputer?
Baca tentang Hashing disini.
Kalau yang pernah tonton filem "The Imitation Game", anda pasti kenal watak yang dibawa oleh Benedict Cumberbatch iaitu Alan Mathison Turing. Bagi yang belum, penulis sarankan tonton dan ambil iktibar dari filem itu kerana banyak unsur sejarah dan moral yang dapat diambil.
Alan Turing, seorang cendekiawan yang bijak dan pintar, telah menghasilkan satu mesin yang mencorak dunia moden kini. Namun wira ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya sebagai seorang manusia hanya kerana beliau adalah seorang homoseks atau gay.
Asal-usul Alan Mathison Turing
Alan Turing dilahirkan pada 23 Jun 1912, anak kedua selepas
abangnya John hasil daripada Julius Mathison dan Ethel Sara Turing. Nama Turing
adalah nama yang agak asing bagi keluarga English, bukan dari golongan
bangsawan tetapi dari golongan kelas pertengahan yang sangat pentingkan Pendidikan.
Bapanya, Julius bekerja di Indian Civil Service dan bertemu ibunya, Ethel, anak
kepada ketua jurutera di Madras Railways. Ethel mengandungkan Alan di British
India, di bandar Chatrapur, tetapi beliau dilahirkan di Paddington, London.
Di usia muda lagi beliau sudah menunjukkan bahawa beliau
seorang yang sangat pintar dimana semua guru-gurunya akui tetapi tidak menghormatinya.
Apabila Turing masuk ke sekolah yang terkenal, Sherborne School, pada usia 13
tahun, beliau sangat tertarik dengan matematik dan sains.
Nota-nota peribadi Turing mengenai teori kerelatifan
menunjukkan penghargaan peringkat darjah, tetapi beliau hampir dihalang
daripada mengambil sijil sekolah kerana bimbang beliau akan memalukan sekolah
dengan kegagalan. Turing berjaya meneruskan sesi persekolahan kerana terdapat
seorang lagi rakannya yang mampu berinteraksi dengan beliau secara intelektual.
Orang itu adalah Chris Morcom. Mereka sering bersama sehingga Turing sangat
tertarik dengan Morcom. Tertarik yang bermaksud mempunyak perasaan. Tetapi
Morcom tidak mempunyai usia yang panjang. Beliau meninggal pada Febuari 1930.
Selepas Sherborne, beliau menyambung pelajaran ke King’s College
(kini dikenali sebagai University of Cambridge), Cambridge, England. Beliau menuntut
pada tahun 1931 hingga 1934. Beliau menghasilkan dissertation yang membuktikan ‘Central
Limit Theorem” yang menjadikan beliau seorang fellow pada hari graduasi.
Seterusnya pada tahun 1936, Turing menghasilkan sebuah
artikel bertajuk “On Computable Numbers, with An Application to the
Entscheidungsproblem” dimana beliau menerangkan tentang mesin universal (Turing
Machine) yang mampu mengira (compute) apa
sahaja yang boleh dikira: konsep asas komputer moden.
Untuk dua tahun berikutnya, Turing mempelajari matematik dan
cryptology di Institute of Advanced Study di Princeton, New Jersey. Selepas
menamatkan Ph.D. beliau kembali ke Cambridge dan menjadi pekerja sambilan di Government
Code and Cypher School, organisasi code-breaker British.
Kesedihan kehilangan rakan karib, Chris Morcom 1930
Turing sangat tertarik dengan Cristopher Morcom. Beliau belajar berkomunikasi dengan lebih dan menjadi lebih pintar dalam akademik dengan kehadiran Chris dalam hidupnya. Tetapi Chris mati dengan mengejut kerana tuberculosis. Kerana terlampau sedih, Turing sampai percaya bahawa minda Chris masih hidup di mana-mana. Emosi yang teruk dialami oleh Turing membuatkan dia berminat untuk mengambil tahu tentang emosi dan minda dan menjalankan kajian yang lebih mendalam tentangnya.
Pengasas kepada Komputer Moden
Turing menganalisis apa yang dimaksudkan untuk manusia
mengikut satu metod yang pasti atau satu prosedur untuk dilakukan. Untuk
mencapai matlamat ini, beliau mencipta satu idea “Universal Machine” yang boleh
menyahkod dan melakukan apa sahaja yang disuruh. 10 tahun kemudian beliau
menukar idea ini kepada lebih praktikal untuk komputer elektronik, yang mampu
menjalankan program.
Menyelesaikan Kod Enigma 1939
Pada July tahun 1939, Polish Cipher Bureau memberikan Turing
maklumat tentang mesin Engima yang digunakan Nazi Jerman dalam Perang Dunia Ke-2
untuk ditafsirkan. Selepas September 1939, beliau bersama ahli matematik yang
lain di Beltchley Park mencipta satu mesin baru (The Bombe) yang mampu untuk
menyahkod kan Enigma dalam skala yang besar.
Pada 1941, kumpulan Turing ‘Hut 8’ telah berjaya mempelajari kod komunikasi kapal selam Jerman yang sangat penting di peperangan Atlantik.
Sambil bekerja itu, Turing berkenalan dengan Joan Clarke dan
meminangnya. Tetapi percintaan Turing dan Clarke tidak lama kerana Turing
mengaku akan keadaan dirinya yang homoseksual. Selepas kejadian itu, Turing
menjadi lebih yakin dengan status homoskesual beliau.
Pada tahun yang sama, Amerika telah menyertai peperangan itu
bersama negara Allies.
Hubungan elektronik 1944
Turing juga mengkaji tentang inovasi yang lain ketika
peperangan – Secara khususnya satu sistem yang mampu untuk encrypt dan decrypt
dialog percakapan telefon.
Delilah, codename sistem itu, berjaya dia demonstrasi pada
salah satu rekod ucapan Winston Churchill. Pekerjaan ini membolehkan Turing
secara praktikal mengambil pengalaman dalam bidang elktronik dan seterusnya
manjadikan beliau ketua dalam National Physical Laboratory (NPL).
Mencipta Komputer Elektronik pertama 1946
Pada 1946, Turing menghasilkan reka bentuk yang teliti
tentang Automatic Computing Engine (ACE).
Ini adalah komputer digital pertama dalam era moden mampu
menyimpan data dalam memorinya. Laporan beliau menekankan tentang kebolehan mesin
ini sebagai revolusi teknologi dalam mengubah dunia. Namun ketika ini, hubungan
beliau dengan NPL telah menjadi kelam seterusnya putus selepas beliau keluar
dari kumpulan itu pada 1948, sebelum prototaip ACE keluar pada 1950.
Bolehkah Mesin Berfikir 1950
Turing berpindah ke University of Manchester dimana jurutera
elektronik sudah membuat kajian tentang penyimpanan data dalam komputer.
Sekarang beliau lebih fokuskan diri untuk kegunaan komputer.
Objektif beliau adalah untuk mengkaji kebolehan mesin untuk melawan fikiran
manusia. Pada 1950, beliau menerbitkan sebuah lagi artikel tentang idea “imitation
game” untuk membandingkan hasil fikiran manusia dan juga mesin dalam ujian “Turing
Test”. Artikel ini adalah asas untuk bidang Artificial Intelligence.
We can only see a short distance ahead, but we can see plenty there that needs to be done.
-Turing on the challenge of machine intelligence, 1950-
Teori sebuah kehidupan 1951
Turing sekali lagi menukar bidang dalam sektor saintifik
yang baru tetapi memerlukan beliau untuk mengeksploitasikan komputer
Manchester.
Ia adalah masalah untuk memahami corak kehidupan dari segi
biologi. Turing memberikan idea dan pencerahan dalam terma interaksi kimia dan
mencipta satu persamaan untuk mereka. Teori ini siap pada 1951 dan masih kekal
relevan sebaai rujukan sehingga kini.
Salah laku homo 1952
Homoseksualiti adalah satu kesalahan di Britain sehingga tahun 1967 dan Turing didapati bersalah selepas mempunyai hubungan sulit bersama lelaki muda yang dapat dijejaki oleh polis.
Beliau tidak dimasukkan dalam penjara tetapi bersetuju untuk
tinggal di dalam rumah dengan pengawasan dan mengambil ubat hormon. Kesemua
kerja Turing disekat dan ini menyebabkan segala hubungan dengan kerajaan telah
terputus.
Tahun terakhir 1954
Masalah Turing tidak berakhir disini. Beliau dianggap sebagai risiko awam, beliau diganggu oleh polis.
Akhirnya Alan Turing dijumpai mati oleh seorang pencuci pada
8 Jun 1954. Beliau dikatakan mati disebabkan racun cyanide. Disebelahnya terdapat
sebiji epal yang sudah digigit dipercayai direndam dalam racun sebelum Alam
memakannya. Keputusan mahkamah adalah beliau membunuh diri.