Sejak tahun 2009 diperkenalkan oleh pseudonymous software engineer S. Nakamoto, bitcoin telah dianggap sebagai alternatif kepada matawang fiat. Ini didorong oleh sifatnya yang decentralized dan maya.
Dikatakan setiap orang mampu bersaing untuk mendapatkan bitcoin melalui aktiviti mining dan tiada satu badan yang mengawal pengeluarannya yang dianggarkan sebanyak 21 juta.
Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, bitcoin dilihat gagal memenuhi tiga fungsi tradisional wang iaitu sebagai medium pertukaran, simpanan nilai dan unit akaun. Panggilan bitcoin sebagai cryptocurrency dianggap gelaran yang trendi dan popular. Ada juga yang memanggilnya spekulatif tetapi dijelaskan di bawah ini 8 dalil mengapa bitcoin dilihat gagal menjadi sebuah matawang:
Kegagalan #1 Ia gagal menjadi medium pertukaran
Medium pertukaran adalah intipati bagi fungsi wang iaitu bagi membeli produk dan servis. Bank-bank pelaburan mendapati hanya tiga e-commerce daripada 500 syarikat teratas membenarkan urusniaga cryptocurrencies. Ya, hanya 1 %!
Bagi hal ini, bitcoin dilihat gagal sebagai mod pembayaran yang berkesan. Atau, jangka panjang, ia sebenarnya satu peluang baru untuk diceburi?
Kegagalan #2 Wujud halangan kemasukan yang rendah bagi pesaing crypto
Susulan, bitcoin mempunyai supply yang tetap, apabila permintaan melangkaui supply, ia memberi insentif ekonomi bagi kewujudan pesaing cryptocurrency yang lain (fork). Masakan tidak, sehingga hujung 2017, terdapat hampir 1400 coin seperti mudah diwujudkan.
Kegagalan #3 Kegagalan ia menjadi simpanan nilai
Matawang fiat bukanlah contoh terbaik bagi hal ini. Sebagai contoh, matawang dollar susut nilai pada nilai purata 2.8% setahun.
Hal ini tidak boleh disamakan dengan bitcoin yang mengalami kadar volatility yang sangat tinggi. Jika disbanding dollar, penyusutan bitcoin adalah setinggi 60% bermula 5 Jan 2018 tahun ini. Namun tiada sesiapapun yang berpiket atau berdemonstrasi berhubung hal ini. (Nota penulis: Ketika ribuan kenaikan mengapa tidak dinyatakan?)
Bitcoin mungkin kelihatan kelihatan bitcoin bubble, sama ada benar atau tidak, dengan asas fundamental yang masih rapuh, ini menambah kejerihan bitcoin menjadi tempat simpanan nilai.
Kegagalan #4 Tiada asas pengiraan
Jika sebuah matawang gagal menjalankan fungsi sebagai tempat simpanan nilai, ia tidak akan memenuhi syarat ketiga iaitu fungsi unit perakaunan. Unit perakaunan adalah unit pengguna, perniagaan dan kerajaan yang digunakan bagi tujuan serakan harga dan nilai.
Kegagalan #5 Tidak mesra alam sekitar
Aktiviti mining mengikut sebuah laporan digiconomist melaporkan buat masa ini 60 Tera watt elektrik diperlukan setahun. Ia hampir menyamai penggunaan elektrik bagi Switzerland untuk tempoh setahun.
Bayangkan pula Negara China yang menjana elektrik daripada penggunaan 67% arang pada tahun 2016, ia akan memberi kesan berganda terhadap pembebasan karbon dan peningkatan suhu global.
Kegagalan #6 Tidak dijamin mana-mana Kerajaan
Risiko pelaburan bitcoin tidak seperti wang fiat yang mempunyai deposit insuran. Ia memberi kesan keyakinan terhadap reputasi institusi kewangan. Ia memerlukan due diligence yang asli bagi mengurangkan risiko kerugian.
Kegagalan #7 Cryptocurrencies exchange bukan bank
Cryptocurrencies memberi risiko yang tinggi berbanding pelaburan bank sedia ada. Operasi cryptocurrencies exchange ada berisiko memandangkan ia baru diwujudkan dan sementara undang-undang berkaitan sedang ditambah baik.
Kegagalan #8 Wang maya, pencuri bitcoin adalah benar wujud
Teknologi bitcoin adalah satu milikan yang menarik, walau bagaimanapun bitcoin exchange yang bobrok adalah perosak imej bagi teknologi ini seperti contoh peristiwa kecurian Mt Gox.
Berani Gagal
Disebalik kelemahan sebenarnya wujud peluang, 8 dalil di atas boleh dijawab dengan masa dan kemaskini teknologi dan coin baharu yang mempunyai:
- Menggunakan sistem sekuriti bitcoin exchange yang kukuh dan mempunyai reputasi
- Aktiviti mining yang cekap tenaga dan efisen
- Coin fork yang terkawal
- Tidak selamanya disandar kepada fiat, kenaikan ribuan peratus berbanding susutan 60% adalah perbandingan bejat.
- Teknologi blockchain tidak memerlukan pengesahan central.
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
shafiq.cryptocall@gmail.com