Satu serangan yang diberi nama 'Dawn Raid' di Bursa Saham London pada 7 September 1981 yang telah dilakukan oleh negara kita Malaysia kepada Guthrie Corporation Limited. Istilah 'Dawn Raid' merujuk kepada serangan mengejut ke atas Pasaran syarikat saham oleh 'raider' sejurus selepas pasaran saham dibuka. Inilah yang berlaku di London Stock Exchange (LSE) pada pagi 7 September 1981. Dalam tempoh kurang daripada empat jam sebelum pasaran saham dibuka, Permodalan Nasional Berhad (PNB, National Equity Corporation) iaitu agensi pelaburan kerajaan Malaysia, mengukuhkan lagi kedudukan dalam Guthrie Corporation Ltd. (GCL) dari 25% kepada lebih daripada 50% dalam syarikat British ini sebanyak 31.34 juta saham.
Ini menjadi bualan seluruh dunia apabila pada masa itu yang telah dilakukan oleh Malaysia dan peristiwa ini sangat luar biasa jika dilihat sebagai salah satu bekas negara colonial yang telah mempamerkan sikap yang sangat liberal terhadap pelaburan luar negera.
Dawn Raid dilihat sebagai hasil daripada New EconomicPolicy (DEB) Malaysia yang merupakan salah satu perancangan jangka panjang yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Ismail Ali dan Khalid Ibrahim. Tim Harper menyatakan 'Dawn Raid' sebagai unfinished business selepas Malaysia Merdeka. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 ekonomi Melayu terus dikuasai oleh syarikat-syarikat besar dunia terutamanya dari British sendiri.
Kisah Dawn Raid ni bukanlah hanya tentang Guthrie sahaja, tetapi lebih kepada British kerana lebih dari 20 tahun Malaysia dijajah oleh British dan tidak semudah itu British akan memberikan kemerdekaan kepada Malaysia. Semasa Malaysia di bawah kekuasaan British, British mengamalkan dasar Divide and Conquer yang dimana kebanyakan orang Melayu di kampung, Cina di bandar, India di estet, ini bagi memudahkan mereka mengawal dengan lebih sistematik dan mudah untuk mereka mengaut hasil keuntungan dan dibawa ke Negara mereka.
Oleh sebab itu, semasa Malaysia menuntut kemerdekaan dari British, salah satu syarat yang dikenakan oleh pihak British adalah dengan memberikan kerakyatan kepada Cina dan India yang telah dibawa masuk oleh British ini demi menjaga kepantingan mereka di tanah melayu pada masa itu.
Tun Ismail sendiri merupakan mastermind dalam Dawn Raid ini. Kita sedia maklum Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri yang ke-4 dia merupakan antara pemimpin yang lantang dalam menentang polisi British di Malaysia yang dikatakan berat sebelah kerana British membawa pendatang dari China dan memberi peluang memegang ekonomi tetapi tidak kepada orang Melayu sendiri dan ini menimbulkan ketidak puasan hati dikalangan masyarakat melayu pada waktu itu.
Semasa Pemerintahan Tun Mahathir di Malaysia dan di Britain diterujui oleh Margaret Thatcher banyak peristiwa yang berlaku dan antaranya penglibtan pelajar Malaysia yang masa itu sebanyak lebih kurang 13 ribu pelajar di Britain telah dikenakan yuran yang sangat tinggi dan tidak mampu oleh pelajar ini dan ini menyebabkan ramai Pelajar Malaysia terpaksa menanggung hutang belajar yang banyak. Selain itu juga ada juga peristiwa dimana kapal terbang concorde Britain memasuki ruang udara malaysia tanpa kebenaran kerajaan Malaysia.
Tun Mahathir mengambil langkah dengan memperkenalkan Buy British Last Policy bukan itu sahaja Tun Mahathir juga mengambil semula Carcosa Hill dimana Tunku Abdul Rahman telah menghadiahkanya kepada Britain.
Kenapa Gutherie?
Guthrie adalah syarikat perladangan British yang pertama dan terbesar di Malaysia ketika itu. Polisi Tunku Abdul Rahman yang memajukan pelabuhan asing menyebabkan syarikat Guthrie ni terus mencengkam kukuh selepas merdeka. Polisi Tunku Abdul Rahman ini tidak desenangi oleh Tun Mahathir kerena dikatakan polisi yang hanya menguntungkan Pihak Britain sahaja bukan kepada Malaysia dan disebabkan kelantangannya itu Tun Mahathir telah dipecat dari UMNO.
Selepas Merdeka, walaupun kita mempunya agensi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) Yang merupakan antara salah satu shareholder dalam GLC yang mempunyai pegangan sebanyak 25% tetapi ini masih tidak dibenarkan duduk dalam lembaga pengarah. Jadi sekarang ini jika PNB mahu terlibat dalam Decision Making, PNB perlu memegang saham GLC lebih dari 40%. Jadi PNB melantik N.M Rothschild untuk membeli saham dari pelabur besar seperti OCBC, Kuwait Dll yang merupakan antara pemegang saham yang besar dalam GLC.
Jadi bagaimana PNB membeli saham dari GLC ini, dari sini lah Tun Mahathir memainkan peranannya dengan melantik Tun Ismail Ali sebagai Pengerusi PNB memandangkan dia mahir dalam selok belok pelaburan British. Sebagai Pengerusi PNB Tun Ismail telah melantik Khalid Ibrahim sebagai Pengurus Pelaburan di PNB. Rancangan ini telah dirancang selama setahun sebelum dilakukan sepajang tempoh setahun semua yang terlibat dalam operasi ini telah mengkaji undang-undang pelaburan di British. Rothschild turut menasihatkan Khalid Ibrahim supaya membuka satu akaun baru di Switzerland bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak British yang akaun itu merupakan milik Malaysia.
Serangan telah dilakukan seawal apabila bursa saham dibuka. operasi ini perlulah dilakukan dengan secepat yang mungkin agar pihak British tak dapat sebarang langkah untuk mematikan serangan itu. Pada pagi 7 Semptember, PNB telah memulakan serangan mereka ke atas British dengan membeli saham dan pada masa yang sama PNB mengarahkan syarikat daripada Malaysia seperti Genting Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Malaysia Kuwait Bank memulakan pembelian Saham dan aktiviti pembelian ini berhenti pada tengahhari pada hari yang sama. Dalam tempoh 4 jam sahaja PNB telah menguasai sebanyak 50% saham dari GLC dan ini melayakkan PNB mempunyai hak dalam decision making.
Ini merupakan satu tamparan yang hebat buat British kerana dimalukan di tempat mereka sendiri sekaligus terpaksa menerima PNB dalam decision making dan shareholder yang lain juga juga turut terpaksa menjual kesemua saham mereka kepada PNB selepas operasi ini 3 bulan dilancarkan. Kesanya Bursa Saham London terpaksa mengubah sistem dan undang-undangnya serta Kerajaan Malaysia turut dapat memegang aset aset GLC di luar negara sepertu India, New Zealand dan Taiwan. Beberapa media dari British seperti The Economist dab Financial Times turut mengakui ia merupakan serangan yang llicik dari Malaysia.
Nota kaki: Bahan bacaan ini hanya sekadar perkongsian dan makluman. Tidak sama Sekali ada sebarang unsur-unsur sifat perkauman. Sebarang kesilapan maklumat boleh terus hubungi saya di loqman.cryptocall@gmail.com