Berakhirnya Pilihan Raya Umum Negara yang ke 14 tanggal 9hb Mei lalu yang menyaksikan tampuk pemerintahan negara kita berganti tangan secara keseluruhan buat pertama kali. Ini sekaligus menjadi titik tolak sejarah besar dalam politik tanah air negara selepas hampir 61 tahun di bawah tampuk kepimpinan parti United Malays National Organisation (UMNO). Dalam ruangan kali ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tampuk pemerintahan yang lalu di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak dan barisan kepimpinan beliau atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan sebelum ini. Bagi kepimpinan baru di bawah Dato’ Seri Tun Dr Mahathir Mohamed dan barisan kabinet yang baru diucapkan selamat bertugas dan melaksanakan amanah dan mandat yang telah di beri rakyat dalam usaha menjadikan Malaysia negara yang lebih sejahtera.
Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi bersama pembaca kisah ringkas mengenai sejarah ringkas politik presiden negara serantau kita yang mana sejarahnya yang perlu kita ketahui dan harapnya kita dapat kita mengambil iktibar atau pengajaran daripadanya.
Orang Yang Gagal Menjadi Presiden – Filipina
Berakhirnya Pilihan Raya Umum Negara yang ke 14 tanggal 9hb Mei lalu yang menyaksikan tampuk pemerintahan negara kita berganti tangan secara keseluruhan buat pertama kali. Ini sekaligus menjadi titik tolak sejarah besar dalam politik tanah air negara selepas hampir 61 tahun di bawah tampuk kepimpinan parti United Malays National Organisation (UMNO). Dalam ruangan kali ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tampuk pemerintahan yang lalu di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak dan barisan kepimpinan beliau atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan sebelum ini. Bagi kepimpinan baru di bawah Dato’ Seri Tun Dr Mahathir Mohamed dan barisan kabinet yang baru diucapkan selamat bertugas dan melaksanakan amanah dan mandat yang telah di beri rakyat dalam usaha menjadikan Malaysia negara yang lebih sejahtera.
Benigno (Ninoy) Aquino Jr.
“Aku lebih rela mati berdiri dengan penuh bermaruah daripada hidup berlutut dengan penuh keaiban”
Di lahirkan pada tahun 27hb November 1932, Ninoy, sepertimana beliau dikenali ramai, mempunyai impian dan ketaksuban yang tak kunjung padam untuk menjadi Presiden Filipina. Daripada seorang pemberita bertaraf rendah beliau bangkit menjadi seorang wartawan dan seterusnya seorang ahli politik. Beliau telah menjadi datuk Bandar termuda di wilayahnya pada usia 22 tahun, tetapi setelah mentadbir bandarnya selama tujuh bulan beliau telah di batalkan perlantikannya keranabeliau tidak cukup umur sebanyak 19 hari pada waktu pengundiannya. Dari saat itu, “datuk bandar budak” ini telah menetapkan bidikannya pada jawatan presiden. Beliau menjadi gabenor termuda di wilayahnya pada jawatan presiden. Beliau menjadi gabenor termuda di wilayahnya pada umur 28 tahun. Pada tahun 1967, beliau telah menjadi senator termuda di Filipina pada umur 34 tahun. Ninoy Aquinoy telah siap, sedia untuk menjalani kempen jawatan presiden tahun 1973, tetapi harapan beliau hancur musnah apabila negaranya diletak di bawah undang-undang tentera pada tahun 1972 dan semua pilihanraya di batalkan. Beliau telah di tangkap dan di tahan di penjara tentera selama tujuh tahun tujuh bulan (yang mana 24 bulan daripadanya dalam kurungan seorang diri).
Selain daripada tahanan penjara beliau juga menghadapi hukuman mati kerana “subversi” dan “jenayah-jenayah lain”. Hidup begitu menyeksakan bagi beliau dan keluarganya. Sebagai membantah ketidakadilan yang dideritainya, beliau telah menjalani mogok lapar yang hampir-hampir membawa maut kepada dirinya yang mana telah memaksa Presiden Marcos membebaskannya untuk menjalani rawatan dan pembedahan di Amerika Syarikat dengan syarat beliau tidak dibenarkan bercakap mengenai negaranya semasa di sana dan beliau tidak boleh kembali semula ke Filipina.
Tanpa mempedulikan syarat-syarat tersebut, selama tiga tahun beliau berada dalam buangan beliau tetap bercakap untuk memberitahu duniatentang kehidupan sebenar di Filipina. Pada tahun 1983, meskipun beliau telah diberi amaran tentang rancangan untuk membunuhnya sekiranya beliau pulang. Ninoy Aquino Jr., secara bertentangan dengan nasihat mereka yang terdekat dengannya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Padahal beliau, boleh mengambil jalan mudah untuk melarikan diri daripada bahaya nyata dan pasti terhadap nyawanya hanya dengan memilih untuk memohon suaka politik di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, beliau memilih untuk bersemuka dengan nasibnya secara berhadapan kerana beliau merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untunk menderita bersama rakyat pimpinan beliau terutamanya di kala krisis melanda. Ketika itu beliau pulang untuk membantu rakyat pimpinannya mendapatkan kembali hak-hak dan kebebasan mereka yang telah kehilangan melalui cara-cara tanpa kekerasan dan berusaha gigih untuk menghasilkan perdamaian negara sejati berasaskan keadilan.
Pada 21hb Ogos 1983, Ninoy Aquino telah ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila kira-kira 50 saat selepas bangkit daripada tempat duduknya. Orang yang bakal menjadi presiden telah kembali ke tanah airnya buat kali terakhir. Kematiannya, walau bagaimanapun telah telah mencetus kejatuhan Ferdinand Marcos daripada takhta kekuasaannya dan telah menyebabkan berlakunya perubahan mendadak pada isteri beliau, Corazon Aquino, daripada seorang suri rumah biasa menjadi presiden wanita pertama Filipina dan sekaligus juga Asia Timur. Ini secara tidak langsung telah merealisasikan impian demokrasi idaman beliau sekian lama kepada negaranya.
Tumbangnya Seorang Presiden Diktaktor - Filipina
Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos lahir pada tanggal 11 September 1917 dan meninggal dunia pada tanggal 28 September 1989. Beliau terpilih menjadi presiden Filipina pada tahun 1966 dan digulingkan dari kekuasaan pada tahun 1986 dalam sebuah revolusi besar-besaran tak berdarah. Filipina selepas perang dunia ke 2 adalah negara kedua terkaya di Asia Timur selepas Jepun. Malangnya apabila Ferdinand Marcos mengambil alih tampuk pemerintahan negara tersebut pada tahun 1966 sehingga 1986, Filipina menjadi antara negara termiskin di Asia. Filipina telah mewarisi hutang yang banyak dan politik yang tidak stabil dari era pemerintahan Ferdinand Marcos yang menguasai republik itu secara kuku besi selama lebih dua puluh tahun. Natijahnya, negara kepulauan itu terpaksa berdepan dengan prospektif yang amat malap, hampir muflis degan gejala rasuah yang parah. Ironinya, polemik politik di Filipina ini berlaku ketika negara-negara Asia lain menikmati “gelombang kebangkitan”.
Antara kisah menarik di sebalik kejatuhan pemimpin kuku besi ini dalam sejarah politik di Filipina ialah kisah penyalahgunaan kuasa serta gaya hidup mewah dan keterlaluan Marcos dan isteri nya Imelda yang mana ini menjadi antara faktor kepada kejatuhannya. Kemewahan yang di biayai oleh titik peluh rakyat Filipina yang hidup dalam kemiskinan sepanjang 20 tahun pemerintahan pasangan suami isteri itu. Kerjaya politik Marcos secara amnya mula menyinar ketika beliau bergabung dengan Parti Liberal. Beliau dua kali terpilih menjadi anggota parlimen dengan parti yang sama. Semenjak itu kehidupannya mulai menjadi mewah dan pesta berfoya-foya menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya.
Gaya hidup inilah yang menjadi titik awal dia bertemu dengan Imelda, yang ketika itu berkerja sebagai seorang model. Dua merpati sejoli penggila pesta dan barang mewah ini sentiasa merasa apa yang dimiliki belum cukup untuk menunjang gaya hidup yang mereka inginkan. Mereka menginginkan kekuasaan tertinggi di negara Filipina yang mula diliputi oleh wabak kemiskinan itu.
Sayangnya, angan-angan Ferdinand tidak lama. Parti Liberal telah menolak untuk menjadikannya sebagai calon presiden. Akhirnya, dia berpindah haluan ke Parti Nasionalis dan dapatlah dia terpilih menjadi presiden pada tahun 1965. Selama 4 tahun kepemimpinannya, kemiskinan negara Filipina semakin menjadi-jadi. Masalah tanah yang memang menjadi masalah berpanjangan di Filipina, semakin tidak menentu keadaannya. Sebabnya, kebanyakan tanah-tanah telah diagih dan dikuasai oleh para kroni kuat Ferdinand dan Imelda. Tingkat kemiskinan pula semakin tinggi dan masalah pengangguran masih terus membayangi Filipina.
Rakyat telah berjaya diperbodohkan dengan penguasaan media dan pihak berkuasa Filipina yang sememangnya berada di dalam poket Ferdinand. Kroni-kroni pula sentiasa mendapat habuan supaya terus menyokong dan menyanjung kepimpinan Ferdinand. Tidak ramai yang berani bersuara kerana akibatnya mungkin akan menutup periuk nasi atau akibat yang lebih buruk lagi.
Berikut adalah modus operandi kejahatan rejim Marcos dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaannya dan menghalalkan salah lakunya:
- Mengangkat isteri, keluarga, sahabat, orang-orang kampungnya dan para kroni untuk menduduki jabatan-jabatan strategik dengan tujuan agar dapat melakukan salah laku dan justifikasi melibatkan wang rakyat. Isterinya, Imelda Marcos, secara kuku besi telah diangkat menjadi Datuk Bandar Manila merangkap Menteri Perumahan Rakyat dan Ekologi.
- Pos-pos ketenteraan penting diisi oleh para kroni Marcos untuk menjamin sokongan angkatan bersenjata kepada dirinya. Kemudian, para jeneral tentera telah dimewahkan dengan bisnes dan projek bernilai jutaan dollar dengan menggunakan kaedah menakutkan, ugutan dan monopoli kepada para ahli-ahli perniagaan lain.
- Memijak sewenang-wenangnya musuh-musuh politiknya dengan polisi-polisi tak masuk akal. Tidak cukup dengan itu, Marcos menggunakan tangan-tangan besi tentera untuk mengancam, menculik, dan membunuh rakyat yang menentangnya, serta mana-mana saingan politiknya yang dianggap mengancam perjalanan politiknya
- Membatasi sesuka hati parlimen untuk memastikan kekuasaan penuh Presiden. Salah satu caranya ialah dengan menggagalkan Rancangan Undang-Undang Pembatasan Kekuasaan Presiden yang ketika itu hangat diusulkan setelah melihat Marcos terlalu bermaharajalela.
- Modus kejahatannya yang paling menghebohkan adalah keterlibatannya atas pembunuhan lawan politik terkuatnya saat itu, Benigno Aquino. Tapi, Marcos justeru menuduh bahawa kaum komunislah yang mendalangi penembakan Aquino di bandar Manila dan dirinya tidak ada kena mengena dengan insiden ini. Peristiwa inilah merupakan titik tolak terpenting bagi kejatuhan Marcos. Rakyat yang sudah lama tidak percaya dengan tuduhannya kepada kaum komunis telah memprotes sistem diktator Marcos dan konco-konconya. Mereka menamakan gerakan mereka itu sebagai People Power yang dipimpin oleh isteri Benigno bernama Corazon Aquino. Tentera yang selama ini menjilat Marcos, mula gentar menghadapi kekuatan rakyat yang begitu besar dan berbalik arah menentang Marcos. Ditambah dengan saranan Presiden AS Ronald Reagan memintanya untuk mundur, maka Marcos dan keluarga akhirnya melarikan diri ke Hawaii pada 1986.
Menurut data Transparency International, Marcos sudah mengambil wang rakyat sekurang-kurangnya 10 billion dollar atau setara dengan 450 billion ringgit. Itu tidak termasuk lagi barang-barang mahal yang dibelanjakan oleh Imelda. Hasil curiannya itu juga disimpan berupa dana di bank-bank Swiss dan aset-aset hartanah di Amerika Syarikat dan Eropah. Dalam perjalanannya, pengadilan Amerika Syarikat dan Swiss memutuskan bahawa harta milik Marcos dibekukan serta harus dikembalikan ke negara Filipina. Marcos pun menjadi gila dan meninggal di pengasingannya di Hawaii pada 1989. Setelah kematiannya, kebencian rakyat terhadap dirinya masih belum sirna dan belum pudar. Pemerintah Filipina yang baru telah menolak jenazahnya untuk dikuburkan di Filipina.
Presiden Filipina ketika itu yakni Aquino juga khuatir pemakaman Marcos akan membuat situasi di Filipina semakin memburuk lantaran bekas pengikut Marcos akan menjadikannya mitos untuk melancarkan gerakan anti pemerintah. Akhirnya, jenazah Marcos diawet dijadikan mummy dalam peti kaca.
Dalam pemberontakan kuasa rakyat yang membawa kepada tumbangnya pemerintahan kuku besi di Filipina, beliau dan suami terpaksa melarikan diri ke Hawaii sehingga ke hari kematian Marcos pada tahun 1989. Selepas Marcos mati, tinggallah Imelda memperjuangkan hak sendiri selain cuba berhempas pulas membersihkan nama suaminya itu. Namun nama Ferdinand Marcos tidak pernah dikenang sebagai Presiden yang baik oleh rakyat Filipina.
Dalam satu wawancara yang di buat oleh seorang Jurnalis negara kita, Karim Raslan bersama Presiden Filipina pada waktu itu Benigno Aquino III (dipanggil NoyNoy) apabila di tanya mengenai transformasi negara beliau, ini jawapannya ;
“Beri seorang rakyat Filipina persekitaran yang kondusif dan dia akan berjaya,” kata beliau, sambil menambah, “[Pencapaian kami bermula] daripada kepercayaan yang jitu bahawa sumber terhebat negara ini ialah rakyat kami sendiri.”
Saya percaya sejarah negara Filipina banyak yang boleh di ambil pengajaran darinya terutama bagi generasi muda bagaimana peri pentingnya perpaduan antara rakyat dan pemimpin dalam melahirkan negara yang harmoni dan sejahtera tanpa megambil kira perbezaan ideologi politik, bangsa, agama, kepentingan peribadi. Ini selari dengan prinsip Rukun Negara yang sekian lama kita pelajari dan terapkan dalam setiap orang semenjak dari bangku sekolah. Sejarah hitam ini boleh sahaja berlaku di mana-mana negara. Adakah kita sanggup melaluinya jika ia berlaku di negara kita? Hubungan dua hala yang harmoni dan kerjasama antara rakyat dan pemimpin yang jitu begitu penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pemimpin yang amanah, bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam mengemudi sesebuah negara memainkan peranan besar dalam membentuk masyarakat yang celik ilmu, kuat berusaha dan mempunyai daya saing yang tinggi.
"Mungkin orang Malaysia beranggapan bahawa dengan bersenang-senang, mereka tidak memerlukan cabaran yang di hadapi oleh masyarakat lain seperti peperangan, kebuluran, dan kemiskinan hina. Akibatnya, kita telah kehilangan kecergasan dan semangat kembara. Semua ini mestilah diubah. Kita mestilah mempersediakan diri kita secara akliah untuk mendaki gunung yang tertinggi, menyelami laut yang terdalam dan meneroka bidang yang asing bagi kita - Datuk Seri Tun Dr Mahathir Mohamed"
Sumber info dipetik dari beberapa website sejarah, bahan bacaan yang boleh dipercayai, buku politik. Sebarang pendapat adalah pandangan peribadi penulis tanpa berpihak kepada mana-mana pihak.
Sebarang maklum balas ketidaktepatan maklumat dan lain lain boleh di email kepada penulis di nad.cryptocall@gmail.com
Anda juga dialukan untuk membaca artikel kami : Top 6 Projek Karya Seni Blockchain