Way Back Home (sebuah kisah benar) - Market Demon

Sunday, April 15, 2018

Way Back Home (sebuah kisah benar)


Way Back Home, mengisahkah seorang wanita bernama Jeon Yeon yang memiliki kehidupan yang bahagia dan ceria bersama suami, Jong Bae dan anaknya, Hye Rin. Namun kebahagiaan itu hancur ketika kawan suaminya mati dan meninggalkan wang jaminan yang harus dibayar oleh suaminya. 

Sejak dari kejadian itu kehidupan mereka berubah seratus peratus. Rumah dan bengkel mereka terpaksa disita untuk membayar hutang. Terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil dan tiada wang untuk membayar sewa rumah mahupun menghantar anaknya ke sekolah. Ini membuatkan pasangan ini kerap bergaduh.

Kawan mereka, Mun do telah menawarkan pekerjaan yang lumayan. Tawara itu adalah menghantar batu permata ke negara Paris mereka akan mendapat pulangan yang lumanyan. Pada awalnya isterinya, Jeon Yeon tidak bersetuju tapi disebabkan kesempitan wang ketika itu dia akhirnya bersetuju untuk mengambil pekerjaan itu tanpa pengetahuan suaminya. Apa yang tidak diketahui Jeon Yeon adalah barang yang bakal dihantar itu adalah sejenis dadah dan bukannya batu permata! 

Sebaik saja sampai di Orly Airport, Jeon Yeoun telah ditahan dan polis yang menjumpai lebih dari 30kg cocaine berada di dalam begnya. Dipenjarakan di France hanyalah satu permulaan yang perit dan mimpi buruk yang harus ditelan. Di sinilah bermulanya perjuangan Jeon Yeon dan suaminya untuk menemukan jalan pulang ke Korea. Saya syorkan penonton meletakkan sekotak tisu disebelah.

Dengan faktor bahasa yang menjadi masalah untuk berkomunikasi, Jeon Yeon yang masih bingung dengan apa yang bakal terjadi pada dirinya yang ditahan selama 3 bulan di penjara France dan dipindahkan ke penjara khusus perempuan, Ducan Prison terletak di Martinique Island, Caribbean. 

Jong Bae, suaminya berjuang dengan segala cara untuk membawa isterinya pulang malangnya tidak mendapat respon yang positif dari staff Kedutaan Besar Korea Selatan. Dia terpaksa menghabiskan waktu selama 2 tahun di sana tanpa persidangan. 

Apa lagi yang membuat penonton bakal marah adalah kerana layanan dari Kedutaan Besar Korea Selatan iaitu mereka hanya mengambil remeh tentang hal ini.