Putera Mahkota Arab Saudi Membuat Lawatan Kampus Apple Baharu Yang Bernilai $5 bilion - Market Demon

Sunday, April 15, 2018

Putera Mahkota Arab Saudi Membuat Lawatan Kampus Apple Baharu Yang Bernilai $5 bilion


Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman  menghabiskan hujung minggu beliau melawat Amerika Syarikat dan bertemu dengan pegawai dan ahli perniagaan penting di Amerika.

Menurut New York Times, Putera Muda yang sering disebut sebagai MbS mempunyai matlamat iaitu ingin mengubah perspektif barat terhadap Arab Saudi sebagai negara konservatif yang bergantung kepada wang minyak dan juga di mana wanita dianggap sebagai kelas kedua. Sebaliknya, MbS mahu rakyat Amerika melihat Arab Saudi sebagai sebuah negara moden yang mempunyai pelaburan yang luas dalam pasaran seperti teknologi.

Semua ini menjelaskan mengapa putera itu membuat lawatan ke Silicon Valley lewat minggu lalu untuk bertemu dengan CEO Apple dan Google. Dia juga melihat kampus baru  Apple yang bernilai $5 bilion di Apple Park. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata awal tahun ini Apple Park masih belum dibenarkan untuk dilawat kerana masih ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum dibuka kepada peminat Apple.

Semasa di Apple Park, beliau membincangkan tentang pendidikan, kesihatan dan pemasaran, kemuncaknya turut ditunjukkan kepada beliau teknologi terbaru Apple di The Steve Jobs Theatre, yang mana beliau menerima persembahan mengenai "aplikasi suara moden" Apple.

Di Google pula, putera MbS bertemu dengan Larry Page, Sergey Brin dan CEO Google Sundar Pichai. Beliau diberi taklimat mengenai "electronic cloud, artificial intelligence dan automatic learning". Mereka turut berbincang mengenai keselamatan siber.