Tahukah anda? Dari kacamata 'pakar', tiada jalan tengah buat Blockchain, hanya ada dua jalan iaitu sama ada ianya akan berkembang pesat atau hancur.
Persoalannya? Mampukah Blockchain menjadi medium alternatif terhadap rival Google, Amazon, Facebook, dan Apple?
Baiklah, sebagai ulangkaji, kita perlu fahami bahawa sistem Blockchain adalah sistem lejar yang tidak boleh diubah berbanding sistem lejar konvensional sedia ada yang mudah dimanipulasi. Bayangkan anda ada mempunyai 10 buah buku '555' (buku hutang) dan angka yang sama disalinkan ke setiap buku 555 tersebut dan kemudian diedar dan disimpan oleh orang berlainan. Jadi, bukankah sangat tipis risiko berlakunya penipuan berbanding hanya mempunyai satu buku '555'. Begitulah sistem Blockchain berfungsi yang bersifat immutable dan decentralise.
Oleh kerana sifatnya yang decentralise dan mampu menawarkan insentif berbentuk (token), ia mampu memberikan ancaman besar terhadap sistem status quo sedia ada. Ya kami ulang, ia menawarkan insentif bila anda bersosial media! Jadi tidak hairan mutakhir ini anda melihat rangkaian syarikat media sosial mengharamkan sebarang pengiklanan berkaitan cryptocurrency , ICO dan perkaitannya.
Selain itu, Blockchain juga bermakna, apa jua yang boleh ditulis atas kertas, sekarang ianya boleh direkod dalam Blockchain. Rekod ini tidak boleh diubah sama ada dari segi pemilikan rekod, kontrak, maklumat kewangan, maklumat peribadi dan pelbagai lagi. Sebarang perubahan juga akan direkod bagi audit trail.
Status quo kekuatan Google, Apple, Amazon dan Facebook
1. Google
Google Search adalah search engine yang paling dominan dengan carian global hampir 77%. Ini menyumbang kepada penguasaan pasaran hampir 3/4 Search Engine global. 86.5% pendapatannya pula adalah berpunca daripada pengiklanan terutamanya search ads.
Youtube - Search engine kedua terbesar di dunia dan platform video terbesar untuk pengguna. Pengguna memuatnaik 100 jam video kepada Youtube pada setiap minit! Youtube dan Google App menyumbang kepada pendapatan Google sebanyak 15%. Memikirkan Google membeli Youtube dengan 1.65b USD pada 2006, ia sebenarnya hanyalah satu tawaran yang kecil.
Adsense - Ia adalah salah satu enjin rangkaian pengiklanan Google. Adsense membenarkan laman-laman web untuk mendapatkan komisen pengiklanan tanpa perlu mencari pengiklan. Ia kerap digunakan dalam laman web pada hari ini dan ia mempunyai teknologi pintar (Artificial Inteligent) di mana ia akan mengambilkira laman-laman web yang anda kunjungi. Awasi perkataan yang anda taip, ia merekodkannya untuk tujuannya yang tersendiri!
1.1 Video
Sepertimana cabaran yang akan dihadapi Search Engine berasaskan Blockchain, cabaran yang bakal dihadapi adalah membawa pengguna sedia ada yang telah lama bertapak dan memberi nilai tambah berbanding Youtube.
Tapi, anda perlu ketahui bahawa rahsia video terletak pada viewer dan CPM (Click Per Million) iaitu di antara 0.50USD ke 5.00 USD. Ini bermakna bagi setiap 1 milion paparan, anda boleh dapat daripada $500 sehingga $5,000!
Disebabkan Youtube adalah terhad dan persaingannya yang tinggi, maka, adalah menjadi manfaat buat Platform Video berasaskan Blockchain yang masih kecil dan mempunyai banyak potensi. Jika insentif diberikan kepada penyumbang atau pencipta video, bukankah ia satu perkara yang lukratif?
Walaupun ia juga akan mengambil masa memandangkan Youtube dan Google berpisah tiada, namun, dengan insentif token dan video berkualiti, sudah pasti ia akan mudah viral dan boleh mewujudkan pasaran baharu.
Steemit pula dikatakan sedang membangunkan Youtube killer. Steemit merupakan satu projek Blockchain yang paling aktif dengan market cap sebanyak $1.49b dan memproses hampir $1m transaksi sehari.
Steemit @marketdemon |
1.2. Adsense
Pengiklanan merosakkan internet dan kewartawanan dalam tidak sedar. Bila dunia beralih dari subscription kepada display ads, kualiti penulisan semakin pudar di mana clickbait menjadi raja.
Jadi, jika penerbitan berasaskan model Blockchain diperkenalkan, secara teori isu di atas dapat diatasi. Syarikat Medium sebagai contoh telah pun memperkenalkan sistem upvote/clap bagi artikel yang anda benar-benar suka. Model seperti ini akan memberi manfaat kepada laman web dan penerbitan yang berkualiti mendapat tempat di dalam dunia digital.
Early adopters terutamanya akan mendapat manfaat seperti insentif token dan kemungkinan clickbait tidak akan lagi wujud.
Kekuatan Blockchain
Kekuatan bisnes Google adalah terletak pada aspek data dan kepakaran Artifical Intelligent (AI). Sekiranya anda mahukan Search Engine berasaskan Blockchain yang mampu menyelesaikan insentif yang tidak seimbang, anda boleh mencuba DuckDuckGo (sebuah search enjin yang mementingkan privasi) atau Brave.
Pendek kata melaluinya, insentif diberi kepada pengiklan, anda sebagai viewer iklan juga dapat 'duit' sekiranya Search Engine ini memasang iklan-iklan sepertimana Google. Walaupun perjalanannya masih panjang dan memerlukan 5-10 kali ganda manfaat dari sistem yang ada sekarang, namun, perubahan user behaviour boleh berlaku walaupun ianya mengambil masa. (DuckDuckGo buat masa ini mempunyai 0.2% market share).
Anda boleh terus menggunakan Google dan memberikan 'data' anda sewenangnya tanpa membaca Term of Service yang panjang berjela itu.
2. Amazon
Amazon terkenal sebagai tempat menjual buku atas talian. Ia telah pun mencapai market $1T melalui Amazon.com, AWS, Alexa, Whole Foods Market and Amazon Prime. Pada tahun lalu, pendapatan tahunan Amazon mencecah $136b dengan perkembangan 13% tahun-ke-tahun bagi tempoh 5 tahun.
Jadi di ruang manakah Blockchain dapat memberi alternatif? Platform e-commerce berasaskan Blockchain dapat memberi kemudahan kepada penjual dan pembeli. Penjual diberi fleksibilti dan insentif manakala pembeli pula diberi token (diskaun atau bonus). Cuba bayangkan anda menjual barangan A, tapi pada sama anda dibenarkan mempromosi produk B kepada pembeli-pembeli lama dan anda mendapat insentif daripada hal ini atau boleh juga sistem referral diperkenalkan untuk manfaat anda.
Adapun , mewujudkan demand dan supply adalah satu cabaran baharu Revolusi Industri Keempat dan tidak akan terjadi dalam satu malam.
Simpanan fail dan servis web
Tahukah anda, simpanan fail decentralise akan menenggelamkan banyak aplikasi sedia ada. Dengan kehadiran perkhidmatan yang menawarkan harga murah bagi cloud storage, ia merupakan cabaran bagi servis web berasaskan Blockchain untuk menyainginya.
Satu ruang yang boleh ditambahbaik antaranya adalah decentralised file storage bagi decentralise apps dan protokol. Apabila decentralise diperlukan, maka tawaran seperti Storj adalah valid. Storj dikatakan menawarkan pengguna menyewa ruang hardrive yang 10-100 kali ganda lebih murah berbanding sistem centralise.
Pengguna akan diberi insentif bagi menyediakan ruang simpanan manakala pelanggan boleh mendapat penjimatan daripada langganan yang dibuat.
3. Facebook
Sehingga Jun 2017, Facebook telah mencapai 2billion pengguna aktif iaitu hampir 1/3 populasi dunia! Facebook dikatakan merupakan leader bagi media sosial dan komunikasi. Facebook dan Google menduopoli pasaran iklan global dengan anggaran 57-84% milikan.
3.1 Instagram
Facebook telah memiliki Instagram pada 2012 dengan nilai $1B dengan 30m pengguna. Selepas 3 tahun, Instagram telah membenarkan iklan dan menjadi cash cow kepada Facebook dengan segmen sasaran di kalangan golongan millenia.
3.2 Whatsapp dan Facebook Messenger
Kedua-dua aplikasi permesejan ini adalah gergasi dunia permesejan. Facebook telah membeli Whatsapp pada Februari 2014 dengan nilai $19b. Stern Agee sebuah syarikat kewangan menganggarkan Whatsapp boleh menjana $5b pendapatan dengan 2.3b pengguna menjelang 2023.
Memandangkan Whatsapp adalah lebih privasi, ia memberi peluang perkembangan yang tidak dapat ditawarkan oleh Facebook dan Instagram.
Bagaimana Blockchain mampu tewaskan Facebook?
Blockchain adalah ancaman terbesar terhadap Facebook, Facebook dibina atas perhatian pengguna, pengiklanan dan mengumpul data pengguna.
Aplikasi media sosial berasaskan blockchain mampu menawarkan tiada centralised party yang memonopoli dan lebih mesra pengguna. Insentif token boleh ditawarkan kepada pengguna yang mana anda akan dapat ganjaran atas referral, memuat naik artikel popular dan status dengan waktu sebagai pengukur dan menentukannya.
Anda boleh mencuba alternatif Steemit atau Kik (sedang dibangunkan) sebagai alternatif media sosial yang ada.
4. Apple
Apple adalah antara jenama yang tidak asing dalam segmen peranti telefon dan pengguna iphone tidak lewat dari istilah iOS, App Store dan iTunes. App Store sahaja membawa $8.6b pendapatan setahun buat Apple. Jadi, bagaimana Apple boleh mengenakan caj bagi memuat turun aplikasi yang percuma dan open-source? Ini akan menjadi mimpi ngeri ditambah pula dengan isu Apple yang sengaja memperlahankan sistem lama peranti bagi menggalakkan pembelian peranti baharu.
Rumusan
Secara keseluruhan, perkembangan teknologi Blockchain dilihat menarik dan game changer dalam dunia yang pantas berlalu.
Walaubagaimanapun, ibarat pepatah "survival of the fittest", hanya yang kuat akan meneruskan perjalanan walaupun ratusan ICO telah diwujudkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Seterusnya, adalah persoalan masa dan skala bagi hal ini dapat direalisasi.
Dengan perkembangan dApps, token dan teknologi berasakan Blockchain, apa pula pandangan anda? Apakah sektor ekonomi yang bakal menerima implikasi dalam tempoh 5 tahun dan 10 tahun ke hadapan?
Baca juga: 3 Social Media Decentralize Application Pelopori Dunia Blockchain
5 lelaki terkaya di dunia
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon5 lelaki terkaya di dunia
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com