7 Tips Pengurusan Masa Untuk Meningkatkan Kerjaya - Market Demon

Friday, March 30, 2018

7 Tips Pengurusan Masa Untuk Meningkatkan Kerjaya


Kemahiran pengurusan masa adalah penting untuk meningkatkan kerjaya anda. Anda perlu mencuba beberapa formula untuk mencari kaedah yang sesuai untuk anda. ini kerana jenis pendekatan yang digunakan dan kaedah pengurusan masa adalah berbeza bagi setiap individu. Jika matlamat anda tidak jelas, mungkin anda akan mudah terpengaruh.

Berikut adalah tujuh (7) tips pengurusan masa yang anda boleh cuba gunakan untuk meningkatkan kemahiran menyusun anda, tingkatkan produktiviti dan kerjaya anda.


1. Jadualkan Tugasan Anda
Gunakan kemahiran untuk mengatur jadual tugasan harian, minggu dan bulan. Ini boleh mendisiplinkan diri anda dan membuatkan anda rasa lebih terkawal. Selain itu, menyediakan jadual tugasan juga dapat meningkatkan keyakinan diri, memberikan tenaga yang positif dan mengurangkan tahap kebimbangan atau rungsing.

Thomas Edison ada berkata “time is really the only capital that any human being has, and the only thing he can’t afford to lose."


2. Tingkatkan Kemahiran Menyusun Anda
Gunakan sistem pemfailan sama ada di rumah atau tempat kerja. Sistem abjad juga adalah kaedah pemfailan yang baik dan mudah. Anda harus membuat senarai utama, tajuk fail dan rekod semua fail-fail anda serta letakkan di suatu tempat untuk memudahkan kerja pada masa akan datang.


3. Mulakan Awal
Ada satu ungkapan yang berbunyi “Siapa Cepat Dia Dapat”. Mulakan hari anda di awal pagi kerana ia juga dapat meningkatkan produktiviti anda. Anda juga mempunyai lebih banyak masa untuk duduk berfikir dan merancang. Semakin awal anda memulakan hari, lama kelamaan anda akan semakin produktif dan teratur.


4. Mengurangkan Waktu Menyemak E-mel
Penggunaan e-mel akan meningkat saban hari terutamanya apabila perniagaan anda semakin meningkat. Anda perlu tetapkan waktu-waktu yang tertentu untuk menyemak e-mel anda contoh seperti di permulaan hari, sebelum makan tengah hari atau ketika penghujung hari. Ianya boleh menganggu konsentrasi kerja utama anda sekiranya anda kerap menyemak e-mel dari semasa ke semasa.


5. Buat Senarai Awal
Salah satu tip yang bermanfaat adalah dengan menyediakan lebih awal senarai tugasan kerja anda untuk keesokan hari. Bukan sahaja menyediakan tugasan tersebut lebih awal dapat membantu anda menguruskan masa dengan lebih cekap, ia juga membantu anda tidur dengan lena. 

Peter F. Drucker pernah menyatakan bahawa “until we can manage time, we can manage nothing else.” 


6. Air-travel Produktiviti
Ada satu kajian mendapati bahawa “one hour of uninterrupted work time in an aeroplane yielded the equivalent of three hours of work in a normal work environment.” Anda boleh merancang sebelum menuju ke lapangan terbang dan menyelesaikan masalah anda semasa anda terbang di udara.


7. 'Prime Time' Produktiviti
Lakukan kerja-kerja kreatif semasa 'prime time'. Ia adalah penting untuk mengetahui bila anda peka dan produktif. Kebanyakkan orang mempunyai 'prime time' pada waktu pagi. Jadualkan projek penting selari dengan waktu 'prime time' anda untuk meningkatkan produktiviti.


Baca juga tips dan nasihat berikut: Satu Dekad Hukum 10 Ribu Jam, di sini.