Thailand Luluskan Draf Undang-Undang Crypto - Market Demon

Friday, March 30, 2018

Thailand Luluskan Draf Undang-Undang Crypto

Tom Yam dipopularkan oleh Negara Thailand

Kabinet Thailand telah meluluskan draf dekri untuk menguatkuasakan cryptocurrency dan ICO. Takrifan bagi aset digital telah diubah daripada draf sebelumnya tetapi struktur cukai masih dikekalkan. Semua perniagaan crypto perlu mendapatkan lesen dan memberi laporan ke pejabat berkaitan.

Menteri Kewangan Thailand En Apisak Tantivorawong menerangkan bahawa:

Undang-undang baru itu dibuat untuk mengawalselia cryptocurrency dan digital token, ia diperlukan untuk mencegah pengubahan wang haram, lari dari cukai dan jenayah... Undang-undang baru ini bukanlah bertujuan untuk melarang cryptocurrency , ICO dan aset digital lain, tetapi adalah untuk melindungi  para pelabur.

Undang-undang itu juga mewajibkan syarikat-syarikat seperti dealer dan digital currency exchanges perlu berdaftar dan melaporkan aset dan amaun transaksi kepada Anti-Money Laundering (AML) Office.

Timbalan Menteri Kewangan  En Wisut Srisuphan juga mengesahkan para pelabur akan dikenakan 7% VAT tambahan kepada 15% cukai terhadap pegangan pulangan modal dari pelaburan seumpamanya. Tetapi, sekiranya tidak mendapat pulangan keuntungan, hanya 7% cukai VAT dikenakan.

Bagaimana pandangan anda dan bilakah Negaraku akan mewujudkan rangka undang-undang seperti ini? Oh ya, mungkin selepas PRU!

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: Shafiq.cryptocall@gmail.com