Ledakan spekulatif sering menjadi panduan yang lemah dalam menilai masa depan dan trajektori kematangan sektor baru. Ledakan spekulatif biasanya terjadi disebabkan oleh jangkaan pertumbuhan masa depan, kenaikan harga atau peristiwa yang boleh menyebabkan peningkatan nilai aset. Ia juga dipanggil price bubble atau market bubble. Baru-baru ini saya terbaca artikel yang diterbitkan pada bulan Disember 1996. Dalam artikel itu, berbicara tentang media sosial. Ya, lebih kurang 10 tahun sebelum MySpace dan Facebook.
Jadi, apa gunanya menggali semula sejarah "purba" ini?
Teknologi berubah dalam cara yang sukar untuk diramalkan, bahkan kepada para visionaries yang memahami teknologi pada waktu semasa. Banyak syarikat teknologi dan bioteknologi yang disenaraikan di halaman kewangan pada Disember 1996 sudah tidak wujud lagi pada hari ini. Industri telah berubah dan kebanyakan syarikat telah hilang ditelan zaman atau dibeli. Ini semua membawa kita kepada cryptocurrency, yang mana telah diperkenalkan kepada dunia melalui Bitcoin pada tahun 2009.
Sekarang terdapat ribuan cryptocurrencies dan ledakan spekulatif telah mendorong harga Bitcoin meneruskan kenaikan yang begitu drastik, berkali-kali ganda, begitu juga dengan Ethereum dan lain-lain cryptocurrency utama. Di manakah cryptocurrencies dalam evolusi dari teknologi baru kepada ledakan spekulatif sehingga mencapai kematangan? Berdasarkan pergerakan harga yang berlaku, teknologi baru ini sangat jelas berada dalam fasa ledakan spekulatif.
Sekiranya sejarah teknologi sebelum ini menjadi panduan, fenomena ledakan spekulatif sering menjadi panduan yang lemah untuk menilai masa depan dan trajektori kematangan sektor baru. Penilaian terhadap syarikat-syarikat Dot Com pada tahun 1997 sangat hebat, kemudian trend berlalu dan beberapa inovasi baru menjadi The Next Big Thing. Banyak syarikat-syarikat di era Dot Com terkubur.
Pointnya di sini, tiada siapa boleh meramal masa hadapan, selain daripada menyatakan yang ledakan spekulatif satu waktu nanti akan berakhir juga. Terdapat ribuan cryptocurrency yang wujud pada hari ini dan tidak semua akan berkesudahan dengan baik.