Hidup adalah perjalanan, bukan destinasi. Begitu juga dengan trading. Malah dengan memahami aforisme lama ini, ia dapat membantu anda bagaimana untuk menjadi trader yang berjaya. Berapa kerap anda berasa kecewa atau marah dengan hasil trading anda? Saya percaya, semua orang mampu beroleh profit tetapi tidak semua orang mampu konsisten menjana profit. Kebiasaannya, apabila novice trader membuat profit dari pasaran, mereka begitu teruja seakan-akan merekalah raja dunia ketika itu. Tidak lama kemudian mereka akan hilangkan diri, bukan kerana sibuk menikmati profit tetapi kerana mereka kehilangan segala-galanya. Mereka kembali mencari modal baru untuk deposit atau mencari teknik baru yang tidak terkalah oleh pasaran.
Mereka akan letak kesalahan pada kelemahan sistem lama yang mereka gunakan. Seterusnya mereka mencari kaedah baru, menyertai seminar dan kelas dengan harapan mereka dapat hasil yang berbeza. Begitulah novice trader menghabiskan masa dan wang mereka selama bertahun-tahun. Bagaimana sekiranya saya memberitahu anda bahawa anda hanya perlu kekal dengan sistem atau kaedah yang sama, anda cuma perlu fokus kepada psikologi. Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat cara untuk menghilangkan emosi dan perasaan negatif yang sering mencengkam fikiran anda ketika trading?
Kuncinya terletak pada anjakan mentaliti yang perlu anda buat. Anda perlu kurangkan memberi tumpuan pada wang dan keuntungan. Hanya fokus kepada proses dan permainan, ujian mental yang kita panggil sebagai trading. Di sini saya ada satu rahsia trading, yang mana saya percaya tiada siapa akan memberitahu anda ketika anda menghadiri seminar, kelas, atau webinar untuk belajar trading. Anda tidak dapat membuat keuntungan secara konsisten dalam trading sekiranya anda terlibat dalam trading untuk menghasilkan wang.
Anda harus memiliki semangat dan minat yang tulen dalam trading, dalam proses itu anda perlu melalui semua ujian mental. Ujian ini bukan hanya ketika anda mengalami kerugian tetapi juga sewaktu anda mendapat keuntungan. Kerugian boleh membuatkan mental anda koyak, keuntungan pula boleh membuatkan anda tidak sedar diri (terlebih yakin). Semua ini akan mengganggu keupayaan anda untuk membuat keputusan dengan rasional dalam trading yang berikutnya. Jika anda tidak mempunyai semangat dan minat yang tulen, anda akan jatuh ke dalam perangkap yang mengarahkan anda memberi tumpuan hanya kepada keuntungan.
Apabila anda terlalu fokus untuk membuat keuntungan, anda lebih cenderung untuk trade terlalu banyak (over-trade). Over-trade adalah punca utama akaun trading blow-out. Sekiranya anda membiarkan sifat tamak dan keperluan untuk trade menguasai anda, anda akhirnya akan berakhir dengan perjudian sehingga anda hilang semuanya. Fokus untuk membuat keuntungan juga boleh menyebabkan anda meletakkan risiko yang terlalu besar. Risiko yang terlalu besar menjadikan anda terlalu beremosi. Dengan meletakkan risiko terlalu besar, anda akan lebih banyak terpaku pada skrin trading anda.
Apabila anda mengalihkan fokus anda dari keuntungan, anda mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk difokuskan kepada mekanik trading iaitu menjadi trader yang bagus. Bukankah masuk akal bahawa untuk menghasilkan wang, anda perlu terlebih dahulu menjadi trader yang bagus? Namun, tidak ramai yang memberi tumpuan untuk menjadi trader yang bagus. Ini kerana mereka terlalu fokus untuk membuat wang. Mereka menjadi buta dan teruja dengan keuntungan sehingga lupa untuk belajar menguasai mental dan mengamalkan pengurusan wang yang baik.
Trading adalah perjalanan, bukan destinasi. Untuk menjadi seorang trader yang profitable secara konsisten, anda harus fokus kepada proses. Terlalu fokus pada destinasi (membuat wang) hanya akan membangunkan "bad trading habit" dalam diri anda. Trading sememangnya bukan skim cepat kaya, walaupun ramai yang berfikir ini merupakan lubuk wang. Mindset yang anda perlukan untuk membuat wang dari trading adalah dengan tidak mempedulikan tentang wang.
Sama seperti kerjaya yang lain, contohnya pakar bedah. Untuk menjadi pakar bedah yang baik, anda tidak boleh memberi tumpuan pada pendapatan yang bakal anda perolehi. Seorang pakar bedah yang bagus mesti memberi tumpuan kepada proses, pendidikan dan latihan selama bertahun-tahun. Oleh itu, perbetulkan mindset anda jika tidak anda akan terus kekal sebagai amatur. Ingat, semua orang boleh membuat profit tetapi tidak semua orang mampu membuat profit secara konsisten.
Sertai kami di telegram Market Demon
No comments:
Post a Comment