Pada suatu hari, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain di pantai melihat seorang lelaki tua dari kejauhan. Kanak-kanak lelaki itu menghampiri, dia melihat lelaki tua itu sedang melukis satu bulatan yang sempurna di atas pasir. Perbualan antara mereka bermula :
Bagaimana pakcik melukis bulatan itu, sangat sempurna.
Pakcik tidak tahu, pakcik hanya cuba dan cuba berulang kali. Nah, cuba kamu lukis.
Kanak-kanak lelaki itu mengambil ranting kayu. Dia bingung bagaimana untuk mulakan. Pada awalnya, dia melukis bulatan yang terlalu lebar dan bengkok. Tetapi selepas beberapa kali, lingkaran yang dilukisnya kelihatan semakin baik dan baik. Setiap hari, dia tidak pernah berhenti mencuba.
Pada suatu hari, ketika dia sedang tekun melukis bulatan yang sempurna dia terdengar satu suara dari belakang.
Bagaimana pakcik melukis bulatan itu, sangat sempurna.
Refleksi. Kisah pendek ini berpusat pada bulatan sebagai bentuk dan simbol kesempurnaan. Bulatan, secara tradisi dilukis hanya menggunakan satu pergerakan. Ia merupakan satu amalan meditasi yang baik. Dalam kisah di atas, bulatan yang sempurna mewakili keperluan usaha yang berulang. Manakala naratif cerita mewakili sifat semulajadi kehidupan.
Sebagai seorang trader, kita seringkali melihat kejayaan sebagai destinasi dan kita melihat diri kita berada di permulaan perjalanan atau di kaki gunung. Kita melihat destinasi kita dengan jelas, jauh dari jangkauan. Tetapi sudut pandang begini akan menjadi masalah kepada kita kerana ia menyebabkan ramai dikalangan trader berakhir dengan kekecewaan. Mereka terlalu fokus pada proses akhir iaitu destinasi, hingga tidak melihat keadaan terkini yang juga merupakan sebahagian dari proses. Mereka mengabaikan proses yang terlibat sepanjang perjalanan mereka ke titik akhir. Sepanjang proses itu, mereka bakal menempuh jatuh bangun dan pelbagai lagi ujian.
Kesan pada psikologi apabila terlalu fokus pada proses akhir, mereka akan menjadi kurang sabar kerana kejayaan, kesempurnaan, kemahiran mungkin tidak akan datang dengan cepat. Mereka bersedia dengan kejayaan (destinasi) tetapi mereka tidak bersedia dengan kegagalan dan kesilapan yang menjadi sebahagian dari proses untuk sampai ke titik akhir. Akibatnya, mereka akan kecewa dan lebih malang lagi ada yang berputus asa.
Dalam 100 trade yang anda lakukan, anda mungkin akan tersilap sebanyak 10 kali, atau 20 kali, boleh jadi sehingga 60 kali. Dan itu semua adalah sebahagian dari proses. Anda perlu bersedia menerimanya lebih awal. Jangan kerana satu kesilapan, anda mengalami kerugian secara total kerana tidak bersedia dari awal. Antara faktor berlaku kerugian total dalam satu trade adalah kerana mengambil risiko yang terlalu besar (lot terlalu besar). Semoga penulisan ini dapat membantu.
No comments:
Post a Comment