Pelaburan Di Sektor Penjagaan Kesihatan - Market Demon

Wednesday, January 23, 2019

Pelaburan Di Sektor Penjagaan Kesihatan




Sektor penjagaan kesihatan dibina atas pelbagai industri yang lain seperti farmaseutikal, insurans dan hospital. Setiap industri di dalamnya memainkan peranan yang begitu dinamik seiring dengan arus kemodenan. Pelaburan dalam sektor ini semestinya memerlukan peserta pasaran mengambil kira pelbagai pembolehubah sama ada dalam ataupun luar negara. Pelabur boleh mendapat keuntungan dari kesemua industri dalam sektor ini. Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil kira sekiranya anda ingin menjadi pelabur dalam bidang penjagaan kesihatan.

Apabila anda ingin membuat keputusan untuk melabur dalam sektor ini, anda perlu mengikuti trend yang berlaku dalam pasaran penjagaan kesihatan semasa. Perubahan yang berterusan dalam trend ini akan memberi kesan kepada pelbagai industri dalam sektor ini.

Antara trend postif yang anda perlu ambil kira ialah:

1. Populasi yang semakin meningkat usia dan peningkatan kadar kelahiran
2. Populasi yang hidup lama dengan penyakit yang kronik
3. Obesiti dan diabetes epidemik
4. Pergerakkan teknologi
5. Penyakit yang menular secara global
6. Perskripsi atau ubat-ubatan perseorangan

Antara trend negatif yang anda perlu ambil kira:

1. Kadar pengambil insuran kesihatan yang menurun
2. Pengawalan kos perbelanjaan



Syarikat farmaseutikal dan syarikat biotech mempunyai satu persamaan iaitu menghasilkan ubat. Namun berbeza dalam bagaimana ubat itu dihasilkan. Kedua-dua industri ini selalunya menggunakan hasil dapatan mereka untuk melakukan 'research and development' (R&D) untuk mencari campuran-campuran baru untuk produk mereka. Namun seperti yang sedia maklum yang kajian memerlukan masa yang sangat lama dan hasil kajian tersebut tidak boleh diguna pakai serta merta tanpa pengesahan daripada badan-badan yang mengawal selia bahagian kesihatan. Sekiranya anda ingin melabur dalam industri ini, anda perlu mengambil kira:

1. Jenis penyakit yang sedang menular
2. Kadar pesakit untuk penyakit tersebut
3. Jenis ubat untuk penyakit tersebut yang sudah berada di pasaran
4. Bilangan ubat jenis tersebut di pasaran
5. Paten

Industri ini sangat terkesan dengan 'clinical-trial data'. Kadar keberkesanan ubat yang dihasilkan akan mempengaruhi pergerakkan saham sesebuah syarikat. Tambahan lagi, bilangan ubat yang diberi oleh doktor dan kehilangan paten akan mempengaruhi kelajuan pergerakkan saham untuk industri farmaseutikal dan biotech.

Lain pula ceritanya tentang syarikat insurans yang membayar bil-bil kesihatan untuk sesiapa yang mencarum dengannya. Kebanyaakan syarikat insurans akan menanggung risiko untuk membayar bil kesihatan sekiranya pelanggan mereka ditimpa kemalangan. Bagi sesiapa yang ingin melabur dalam syarikat insurans, anda perlulah bijak untuk menilai reputasi syarikat tersebut dengan mengambil kira kepercayaan orang ramai dengan jenama insuran tersebut. Sekiranya anda melabur dalam syarikat insuran yang kurang dikenali atau dipercayai, syarikat ini mungkin susah untuk mendapatkan pencarum pada masa akan datang dan akan mengganggu nilai pelaburan anda.

Penyedia pusat kesihatan seperti hospital-hospital juga amat memerlukan pelabur. Hospital-hospital ini memerlukan wang untuk menaik taraf dan menyelenggara peralatan mereka. Apabila kita bercakap tentang hospital, ini ialah rantaian terakhir dalam penjagaan kesihatan. Hospital ini akan menerima pesakit dan membolehkan mereka mendapatkan bayaran kos rawatan daripada penyedia insurans.



Pelaburan di dalam sektor ini mampu memberikan pulangan yang besar namun ia juga mempunyai terlalu banyak faktor untuk diambil kira. Sektor ini sangat luas dan di dalamnya mempunyai banyak industri. Bagi memudahkan pelabur yang berminat di dalam sektor ini, anda boleh membeli pegangan secara pukal melalui ETF sekaligus mengurangkan kadar risiko anda. Hal ini kerana ETF akan meletakkan banyak syarikat di dalam satu bakul untuk dipasarkan.






No comments: