Sebuah Kafe Di Tokyo Yang Dipenuhi Oleh Robot - Market Demon

Wednesday, January 23, 2019

Sebuah Kafe Di Tokyo Yang Dipenuhi Oleh Robot

Robot sebagai pelayan

Pernahkan anda terfikir yang robot akan menjadi pelayan kafe ketika kita memesan minuman atau makanan?

Sebuah kafe di Tokyo, Jepun,telah melakukan eksperimen dimana kafe tersebut dipenuhi dengan robot sebagai pelayan. Robot ini di kawal seratus peratus oleh orang kurang upaya iaitu pesakit yang mengalami gangguan saraf. Eksperimen ini telah dijalankan selama 8 bulan di kafe Dawn Ver dan telah mengambil pesakit yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Antaranya, spinal cord injuries dan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Tambahan pula, operator robot tersebut juga boleh peroleh gaji sebanyak 1,000 yen ($9) per jam - kadar gaji normal untuk pelayan di Jepun. 

Pada asalnya, robot tersebut yang dinamakan OriHime - D yang dibangunkan oleh syarikat baru dari Jepun, Ory Lab Inc, diciptakan untuk digunakan dalam rumah kepada orang kurang upaya. Menurut akhbar Jepun, Sankei, robot tersebut boleh bergerak, melihat, berkomunikasi dengan tetamu, dan juga boleh membawa apa jua objek ke meja anda. 

Program pilot telah bermula pada bulan April 2018 dan berakhir pada Disember 2018 di Nippon Foundation Building di Minato-ku, Tokyo. Penyelidik telah mengumpul data - data penting tentang hubungan antara robot dan orang kurang upaya untuk menggalakkan program ini untuk menyatukan orang ramai selain boleh memberi sumber pendapatan bahkan boleh berinteraksi dengan orang lain lebih mudah.

"Jika orang yang mengawal robot tersebut merasa gembira dengan melayan pelanggan dan bekerja di kafe, saya berfikir ianya salah untuk berikan perkara tersebut kepada artificial intelligence (AI)" ujar Kentaro Yoshifuji, CEO Ory Lab Inc. 

Eksperimen ini telah dilakukan dengan kerjasama The Nippon Foundation, Avatar Robotic Consultative Association (ARCA), All Nippon Airways (ANA) dan Ory dimana program tersebut mempunyai masa yang singkat, tetapi pengumpulan dana telah dilakukan untuk membuka satu tempat yang tetap untuk orang kurang upaya boleh mengawal server robot tersebut di tahun 2020. Kemungkinan selepas ini orang kurang upaya yang mengawal robot di restoran atau kafe merupakan satu tindakan yang pertama untuk bersaing dengan artificial intelligence (AI).

 Seperti umum mengetahui, AI robot telah dibina untuk mengganti pekerja - pekerja yang kurang mahir dimana boleh memberi tekanan kepada ekonomi berbanding 8 dekad yang lalu. Pada akhir 2020, automasi berkemungkinan menyingkirkan 20 peratus ke 25 peratus kerja kerja sekarang. Andainya rancangan dimana orang kurang upaya boleh bekerja diterima oleh umum, ia merupakan satu permulaan untuk menstabilkan penguasaan AI dalam sektor kerja.




No comments: