Konflik Di Venezuela, Rusia Beri Amaran Pada Amerika Syarikat - Market Demon

Thursday, January 24, 2019

Konflik Di Venezuela, Rusia Beri Amaran Pada Amerika Syarikat

Vladimir Putin dan Nicolas Maduro
Rusia menyatakan bahawa krisis politik yang melanda Venezuela sebagai cubaan rampasan kuasa selepas Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden secara tidak sah. Rusia turut menyentuh tentang peranan negara-negara luar dan potensi campur tangan tentera asing.

Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, Rusia menganggap campur tangan asing dalam krisis di Venezuela tidak dapat diterima. Kenyataan Peskov itu menyusul selepas Presiden Trump mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf ketua pembangkang, Juan Guaido sebagai Presiden Venezuela.


Kementerian Luar Rusia berkata, tindakan Washington bertujuan untuk memecah-belahkan rakyat Venezuela, meningkatkan konflik di jalanan dan menjejaskan sistem politik negara Amerika Selatan itu. Kementerian Luar Rusia juga menjelaskan bahawa keadaan di Venezuela telah mencapai titik bahaya dan meminta supaya komuniti antarabangsa terlibat dalam diplomasi dan menjadi perantara antara Maduro dan Guaido. Rusia turut memberi amaran kepada pentadbiran Trump bahawa campur tangan ketenteraan dalam rantau Amerika Selatan akan mewujudkan malapetaka.


Pada awal Disember tahun lalu, Presiden Nicholas Maduro melawat Moscow untuk bertemu Presiden Vladimir Putin, dalam masa yang sama ketegangan antara kedua-dua negara dan Washington semakin melonjak. Semasa lawatan itu, Maduro telah memanggil Rusia sebagai "negara saudara."

Sementara itu, Rusia bukan satu-satunya negara yang tidak bersetuju dengan campur tangan luar dan cubaan rampasan kuasa di Venezuela, tetapi Syria, Turki dan China juga mengiystiharkan sokongan mereka pada Maduro sambil menyuarakan bahawa rakyat Venezuela sendiri harus menentukan nasib mereka.

"The path towards a free society has not been simple. There are tragic and glorious pages in our history."


No comments: