George Soros : Xi Jinping Musuh Kepada Open Society - Market Demon

Friday, January 25, 2019

George Soros : Xi Jinping Musuh Kepada Open Society

George Soros
Hedge fund manager, George Soros memberi amaran bahawa machine learning dan artificial intelligence yang digunakan dalam mewujudkan Social Credit System di China akan mengundang bahaya yang belum pernah terjadi sebelum ini dan mengancam kelangsungan konsep masyarakat terbuka. 

Soros yang juga merupakan pengasas Open Society Foundation mendefinisikan konsep masyarakat terbuka sebagai sebuah masyarakat di mana peranan negara adalah untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan individu. Bercakap dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland semalam, Soros berkata masyarakat terbuka berdepan bahaya dari 'instrumen kawalan' dalam bentuk machine learning dan artificial intelligence di tangan rejim represif.

Social Credit System
Dengan penciptaan Social Credit System di China, maklumat setiap individu disatukan di dalam satu pusat pangkalan data. Melalui data itu, individu akan dinilai oleh algoritma yang akan menentukan sama ada mereka menimbulkan ancaman atau sebaliknya. Social Credit System belum beroperasi sepenuhnya, tetapi jelas apa yang dinyatakan Soros akan terjadi. Soros berpendapat bahawa Social Credit System menakutkan dan menjijikkan.

Menurut beliau lagi, sesetengah orang Cina merasa teruja dan tertarik dengan sistem itu kerana ia menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang belum tersedia dan juga boleh melindungi rakyat yang mematuhi undang-undang negara. Beliau menegaskan bahawa China bukan satu-satunya rejim authoritarian di dunia, tetapi China adalah negara yang mendahului dalam kemajuan machine learning dan artificial intelligence. Ini menjadikan Presiden China, Xi Jinping musuh paling berbahaya kepada mereka yang mendukung konsep masyarakat terbuka.

Semasa ucapannya tertumpu di China, Soros menyatakan bahawa masyarakat terbuka mempunyai lebih banyak musuh, terutamanya Rusia. Senario paling berbahaya apabila musuh-musuh ini berkomplot dan belajar bagaimana untuk menindas rakyat mereka. Soros berkata,

Persoalannya, apa yang anda boleh lakukan untuk hentikan mereka? Langkah pertama ialah mengenalpasti bahaya. Itulah sebabnya saya bercakap malam ini.

Tambah Soros lagi, Xi Jinping mengisytiharkan permusuhannya dengan konsep masyarakat terbuka, tetapi rakyat China tetap menjadi sumber harapan utama untuk masyarakat terbuka. Social Credit System, jika ia beroperasi, ia akan mengawal sepenuhnya orang ramai. Oleh itu, harapan terletak pada rakyat, komuniti perniagaan dan elit politik dalam meneruskan kelangsungan konsep masyarakat terbuka.

"Most of the poverty and misery in the world is due to bad government, lack of democracy, weak states, internal strife, and so on."

Sertai kami di Twitter Market Demon

No comments: