Kali ini, saya Loqman akan membawa kan kepada pembaca berita mengenai pelabur dan usahawan yang berpangkalan di United Kingdom Alistair Milne meramalkan bull market seterusnya bagi cryptocurrency akan memutuskan blok utama awam yang mana akan menerajui industri.
Milne, yang terkenal di Twitter khususnya sebagai sumber pernyataan kenaikan harga mengenai Bitcoin (BTC), meranalkan bahawa harga tertinggi bagi cryptocurrency akan lebih besar melebihi tahun 2017.
Milne turut menyatakan bahawa kebarangkalian bahawa Bitcoin sepadan dengan harga all time high(ATH) kali ini akan lebih tinggi dari tahun yang sebelumnya. Setiap gelombang cryptocurrency mempunyai magnitud yang lebih besar daripada yang terakhir.
Bitcoin terus didagang sekitar 80 peratus lebih rendah berbanding ATH pada Disember 2017, apabila harganya mencapai lebih dari $20,000 pada beberapa bursa.
Milne juga menyatakan minat dan menyifatkan Bitcoin sebagai "emas 2.0" dan dia turut optimis terhadap teknologi mata wang digital ini.
No comments:
Post a Comment