Perkembangan Ekonomi ASEAN & Trade War - Market Demon

Wednesday, January 23, 2019

Perkembangan Ekonomi ASEAN & Trade War


Dalam dekad yang lalu, penglibatan Amerika Syarikat dalam ekonomi negara ASEAN telah menurun, sementara China telah meningkat. Perdagangan Amerika Syarikat dengan negara ASEAN berjumlah $234 bilion pada tahun 2016. Manakala perdagangan China dengan negara ASEAN melonjak kepada $515 bilion pada tahun 2017. Pada tahun yang sama, China dan Hong Kong menyumbang kira-kira 15% daripada keseluruhan Foreign Direct Investment (FDI) ke negara ASEAN. Amerika Syarikat pula menjunam kepada 5%.
Source : International Monetary Fund 2015 data

Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa trade war Amerika Syarikat akan menjejaskan China tetapi boleh memberi manfaat kepada negara ASEAN. Selain itu, perdagangan Amerika Syarikat dengan negara ASEAN sekarang tertakluk kepada pendirian "America First." White House mahu merundingkan perjanjian bilateral dengan setiap negara ASEAN dalam memaksimumkan leverajnya.

Defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan negara ASEAN bersamaan $92 bilion, lebih tinggi daripada Mexico ($71 bilion), Jepun ($69 bilion) dan Jerman ($65 bilion). Di ASEAN, tumpuan utama Amerika Syarikat ialah negara-negara yang mempunyai defisit yang besar iaitu :

1. Vietnam ($34 bilion)
2. Malaysia ($24 bilion)
3. Indonesia ($13 bilion)

ASEAN tidak perlu memilih antara Amerika Syarikat dan China. Diplomasi terbaik adalah memilih kedua-duanya.

“Diplomacy is the art of selling a deal you don’t want to people you don’t trust for reasons you won’t admit to.”


No comments: