Skandal Rasuah 1MDB : Goldman Harus Membayar Malaysia $7.5 bilion - Market Demon

Tuesday, January 22, 2019

Skandal Rasuah 1MDB : Goldman Harus Membayar Malaysia $7.5 bilion

Lim Guang Eng berkata memohon maaf sahaja tidak mencukupi untuk menutup kesalahan bank tersebut
Menteri kewangan Malaysia, Lim Guang Eng berkata bank terkemuka dunia, Goldman Sachs harus memikul tanggungjawabnya dalam menyelesaikan tuduhan jenayah yang pertama kali difailkan terhadap bank tersebut. Mohon maaf daripada Goldman Sachs tidak memadai kerana Malaysia telah kehilangan berbilion ringgit kerana masalah etika pegawai bank itu. Malah, Malaysia akan mempertimbangkan untuk membebaskan bank daripada tuduhan itu dengan syarat membayar sebanyak $7.5 bilion.

Malaysia telah memfail tuduhan jenayah terhadap Goldman pada Disember lepas dan akan melepaskan tuduhan tersebut sekiranya bank membayar sejumlah wang pampasan tersebut. Unit di bank itu dituduh membuat kenyataan palsu dalam dokumen yang dikemukakan kepada pengawal selia tempatan semasa membuat tawaran bon $6.5 bilion untuk 1MDB. 

Lim berkata di pejabatnya Putrajaya.
Goldman Sachs should understand the agony and the trauma suffered by the Malaysian people as a result of the 1MDB scandal. An apology is just not sufficient. Not enough. There must be the necessary reparations and compensations. 

CEO Goldman Sachs, David Solomon minggu lalu telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia bagi pihak seorang pegawai bank seniornya, Tim Leissner yang telah melanggar etika kerja. Negara Malaysia telah ditipu oleh banyak individu dan Leissner ialah salah sorang daripada mereka.

Davis Solomon yang dahulunya Presiden dan COO Goldman Sachs telah dilantik sebagai CEO bank itu pada 1 Oktober 2018

Leissner telah mengaku bersalah kepada tuduhan yang difail oleh Malaysia termasuk konspirasi dalam aktiviti pengubahan wang haram. Seorang lagi bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng kekal dalam tahanan di Malaysia kerana menghadapi ekstradisi ke Amerika Syarikat dalam tuduhan yang sama.


Tim Leissner ialah pengerusi bank Goldman di Asia Tenggara sebelum diberhentikan kerja pada tahun 2016 

Solomon berkata bahawa firma itu telah menjalankan usaha yang wajar terhadap kegiatan salah Leissner. Bank itu telah bekerjasama dengan Jabatan Hakim A.S (DOJ) dan siasatan masih lagi dijalankan. Goldman mengatakan bahawa ia bersungguh-sungguh dalam mempertahan diri terhadap tuduhan oleh Malaysia.

Tuduhan terhadap Goldman telah difailkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai pendakwa tertinggi negara manakala menteri kewangan tidak diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai tuduhan jenayah.






No comments: