Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi telah mengumumkan perjanjian untuk bekerjasama dalam penciptaan cryptocurrency mereka sendiri.
Apa intipati perjanjian antara dua buah negara ini dalam kerjasama tersebut? saya Loqman, kali ini akan membawakan kepada anda berita mengenai dua buah negara dari timur tengah ini dalam perjanjian cryptocurrency.
Menurut laporan itu, Jawatankuasa Eksekutif Majlis Koordinasi Arab-Emirat telah mengadakan pertemuan di UAE iaitu di ibu kota Abu Dhabi, sebanyak 16 ahli dari kedua-dua negara tersebut ini telah membincangkan inisiatif gabungan dalam Strategy of Resolve.
Strategi Penyelesaian ini merangkumi tujuh inisiatif, termasuk penerbangan awam, latihan belia kesedaran kewangan, dan pembangunan mata wang digital rentas sempadan. Cryptocurrency akan disasarkan secara ketat untuk bank-bank pada fasa percubaan dan ini bagi tujuan untuk lebih memahami implikasi teknologi blockchain dan memudahkan pembayaran secara rentas sempadan.
Projek cryptocurrency secara bersama ini juga akan mengkaji kesan mata wang pusat terhadap dasar kewangan.
No comments:
Post a Comment