Lupakan Japanese Candlestick Pattern, Ini Yang Anda Perlu Tahu - Market Demon

Tuesday, January 22, 2019

Lupakan Japanese Candlestick Pattern, Ini Yang Anda Perlu Tahu


Banyak buku telah ditulis mengenai candlestick pattern, terdapat ratusan formation dengan nama yang berbeza-beza. Kononnya memberikan maklumat rahsia mengenai apa yang akan berlaku seterusnya. Anda tidak perlu tahu ratusan formation candlestick itu, ia tidak akan mempengaruhi prestasi trading anda. Apa yang benar-benar penting ialah anda memahami maklumat disebalik candlestick. Candlestick memberitahu anda tentang :

1. Struktur harga
2. Dinamik pembeli dan penjual
3. Jangkaan pergerakan harga masa hadapan

Pergerakan harga ibarat pertempuran antara bull dan bear. Disebalik setiap candlestick mewakili peperangan antara pembeli dan penjual. Terdapat beberapa maklumat yang ia tunjukkan kepada kita antaranya :

1. Siapa yang lemah
2. Siapa yang mendominasi
3. Siapa yang mempunyai peluang lebih baik untuk menang

Adalah penting untuk memahami bahawa dalam menganalisis candlestick,  trader perlu melihat dalam skop yang lebih luas. Merangkumi keseluruhan pasaran dalam gambaran yang besar. Candlestick perlu dianalisis dalam konteks apa yang telah terjadi pada masa lalu. Oleh itu, apabila kita menganalisis candlestick, kita perlu bertanya beberapa soalan :

1. Adakah size candlestick semasa lebih besar atau lebih kecil dari candlestick sebelumnya?
2. Adakah perubahan saiz candlestick boleh memberi impak?
3. Adakah perubahan berlaku semasa tempoh perdagangan tidak aktif?


Candlestick body memberi kita banyak maklumat mengenai pasaran. Body yang panjang menunjukkan kekuatan. Apabila body menjadi besar, ia menunjukkan peningkatan momentum. Apabila body menjadi kecil, ia menunjukkan penurunan momentum.

Shadow pula memberi kita maklumat mengenai volatility. Shadow yang panjang menunjukkan pergerakan harga yang banyak telah terjadi tetapi berlaku rejection atau kehilangan momentum. Apabila shadow menjadi semakin panjang ia memberitahu kita bahawa berlaku peningkatan dalam volatility. Anda tidak perlu hafal atau tahu semua jenis formation candlestick. Anda hanya perlu menggabungkan semua maklumat-maklumat disebalik candlestick dalam menganalisis dan memahami apa yang terjadi disebalik pasaran.

"Do not give them a candle to light the way, teach them how to make fire instead. That is the meaning of enlightenment."

No comments: